CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 25 Julai 2010

sepanjang 2 mingGu lepAS

aSSAalamualaikum kepada semua...moga2 sntiasa di bawah perlindungan,

penjagaan,keberkatan daripadaNYA hendaknya...insyaallah...2 minggu lepas, ada beberpa

pogram yg ana hadiri dan ada juga yg ana x hadiri tapi just nak kongsi je sedikit pengalaman n

story mory kepada semua..


pada 17 Julai ari sabtu dlm kol 8.00 sampai 2.30 petang, ana menghadiri program taaruf

beliawanis di Pantai Sepat di Pahang ni..apa yg ana wat adlh ana menjadi sebahagian ajk dlm

mengurus program ni..jadi ajkbiasa2 je..tapi sonok la gak sbb dekat dgn pantai la

katakan..aktiviti yg dijlnkan mcm explorace, ice breaking, mkn2, n last penyampaian

hadiah...dpt juga jumpa kwn sek, aisyah liyana..program ini dihadiri oleh student2 dr KMM, UIA,

KIPSAS..


18 julai ari ahad mlm pulak, ana n kwn2 dpt menghadiri program di UIA Pahang "Palestin Di Hatiku"...semangat btoi kitaorg nak p pogram ni..mana x ye, program berkaitan Palestin lagi2 aritu ada sebahagian aktivis yg naik kapal mavi marmara pun mai..best2..yg lagi panas ye sbb ada Shoutul Harakah..wah2 rezeki dpt tgk dpn mata kmpln nasyid bersemangat ni time performance..(bak kata nas)...jgn jeles kwn2 lain...



ni gambo ana bersama kmpln shoutul harakah..performance mereka yg gerenti puas hati..






23 julai dr kol 7pagi-10.30 mlm, ana n kwn2 dr pbsm dpt pergi ke pantai balok untuk program bantuan pertolongan cemas bencana peringkat kebangsaan..ramai yg ada antaranya polis, bomba, ahli2 pbsm dr pelbagai peringkat umo, doktor2 n paramedik yg terlatih n kami wakil dari kipsas..teringat time perkhemahan sem 1 n 2 ada wat mcm ni jugak..



.

program ini mcm nak latih kita utk lebih bersedia pada masa akan dtg expecially time tibanya bencana2 yg datang..cthnya, banjir, kapal terbang terhempas ke, kapal kara ke apa2 la yg memerlukan bantuan menyelamat...so, PBSM la yg baka menyelamatkan ada...insyaallah...kami sedia berkhidmat utk agama, negara n bangsa...cehhhh semangat patriotik pulak walaupun....




24 julai pula, program konwanis yg diadakan di Port Dickson..ana xdtg time ni tapi mesti syok

puyer program sbb satu mjlis yg membincang n emartabatkan kaum wanita..xpe2 ana akan

dptkan feedback prgram ni dr kwn2 n kakak usrah yg dpt join program ni...


so ni jela perkara yg ana nak kongsikan..minggu ni dlm 30hb julai, ana ada terlibat dgn program

malam mahabbah Palestin..insyaallah ana akan kongsikan jikalau ada masa terluang...

Rabu, 21 Julai 2010

menjelang bulan yg mulia


salam alaik semua...nak teruskan saja pada tjok post.. hadis nabi s.a.w : "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..

ketika ini kita semua di dlm ambang bulan yg amat2 mulia utk sesiapa yg menyedarinya..barangsiapa x menyedarinya, die manusia yg amat2 lah rugi..

imam al-Qurtubi menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan rejab adalah bln Allah (ahlullah) dikatakan penduduk mukmin Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yg memelihara dan memberi kekuatan kpd mereka.

so perkara biasa utk sesiapa yg sudah terbiasa pada bln ni adlh puasa sunat. Imam Al tabrani meriwayatkan drpd Abu Hurairah Nabi s.a.w x menyempurnakan puasa sebln selps berlalunya Ramadhan kecuali pada rejab dan syaaban.

sebenarnya puasa2 yg kita buat ni adlh utk melatih dri kita menempuh bln Ramadhan yg bakal tiba nnt..ibarat mcm kita nak buat persediaan nak exam..sebelum exam, mesti kita kena blajo dlu, tak kanlah tetiba terus nak peksa kot kan..mesti x sedia.. gerenti nyer..

Imam al-Baihaqi meriwayatkan drpd Imam Syafie berbunyi : " telah sampai kpd kami syafie mengatakan sesungguhnya doa itu mustajab pada 5 mlm ; mlm jumaat, mlm aidiladha, mlm aidilfitri, mlm pertama bln rejab n mlm nisfu syaaban.."

so, perbanyakkanlah ibadat kita ek time bln2 mulia yg sekarang ni mcm qiam, bc quran, selawat, zikir, bersedeqah, doa atau buatlah pape kebaikan. moga2 diberi ganjaran olehNYa..Insyaallah..amiiin ya rabb..

semoga amalan kita ini menjadi pemangkin utk kita yg dahagakan kebesaran dan keagungan Allah..

bulan rejab sudah meninggalkan kita, so, masih ada peluang utk kita di bulan syaaban utk memperbaiki apa yg kurang di bulan rejab..so mai ramai2 kita rebut peluang ni ek..


Ahad, 27 Jun 2010

MusLimat PoWeR


Assalamualaikum suda sekian lama x update blog..jari ni rindu sesgt nak menaip tapi apakan

dayaku...arini just nak kongsi apa yg ana baca dlm laman web org.so just copy paste je..tapi tok

tatapan n peringatan tok semua n tok ana sendiri terutama nya ana nak serapkan juga artikel

ni..selamat membaca...(edit sikit2 je)


Berpasangan, bercinta,couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang

seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai

yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu

memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-

janji.


Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa.Namun

ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no

boyfriend’ sebab Innallahamaana (Allah tetap ada). Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan

kepercayaan kepada- Nya.


Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang

bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga

dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan

yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan

jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan

kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin

mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta

sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.



TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.


Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin

menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah

HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.


Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta

kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia

akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.


“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other.

Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.




thanks to iluvislam....

Selasa, 1 Jun 2010

GeGaRkan KeKuaTan Doa KIta SeMua


salam...semalam yg bertarikh 31 Mei 2010 kita digemparkan dgn serangan ISRAEL Laknatullah

pd konvoi kapal (mavi Marmara) misi bantuan antarabangsa yg menuju ke GAZA..dlm waktu

tghari mcmtu, saya mendapat sms dr kwn2 saya yg memberitahu tntg isu ini. dan semasa sy

sedang menikmati minuman ptg, ayahku membuka rancangan berita astro awani yg

menceritakan tntg isu ni..dok tgk berita tntg isu tu n masa tu juga die tunjuk rakaman pada

ketika konvoi para sukarelawan tersebut diserang ISRAEL...air mataku terus mengalir tapi xla

mencurah-curah sbb pada masa tu ayahku ada di situ.malu pulak nnt klo ayah nampak..kat

fikiran dok terpikir, npe la dorang ni masalah ape ada kat dorang ni..org xkco die, die nak kco

org..klo kita dlm situasi mcm ni.mest kita geram sesgt sbb kita xwat ape slh, org dok kco kita..


so mari kita bersama2 mengegarkan seruan hati kita, kita mengangkat tangan memohon doa

kpdNYA yg MAHA BERKUASA segalaNYA agar mereka para sukarelawan yg menuju ke gaza

dpt smpai dgn selamatnya n damainya n sentiasa dilindungi olehNya dari sebarang serangan n

kekejaman..n ditambah dgn solat hajat agar lebih diberkati hendaknya. x pon, kita boleh selitkan

dlm solat subuh kita dgn bacaan qunut nazilah (selain dr wktu ni pon blh) ..insyaallah amiiinnnn


Khamis, 27 Mei 2010

BanYakKan SuJud jIka Mahu seSuaTu

salam semua..bertemu lagi..

Muslim meriwayatkan drpd Rabi'ah bin Ka'ab al Aslami seorg khadam Rasulullah dan dia termsk

ahlus shuffah. Katanya : " Pernah aku bermlm bersama Rasulullah, lalu mengambilkn air utk

wuduk Baginda dan melayani keperluan Baginda lainnya. Setelah itu Baginda bersabda :

Mintalah kpdju Aku berkata : Aku memohon kiranya aku boleh menemani Tuan di dlm syurga

kelak. Baginda berkata : Adakah permintaan selain itu? Aku menjawab : Hanya itu saja. Baginda

bersabda : Jika begitu, perbanyakkanlah olehmu sujud, kerana dgn hanya memintanya

kepadaku saja hal itu mustahil terwujud (Hadis riwayat Muslim)...


Sujud juga merupakan saat ketika yg kita paling hampir denganNYA ketika kita solat..dan ia juga

waktu yg antara doa kita dimakbulkan..jadi perbanyakkanlah doa ketika kita sujud (lebih aula

time solat sendirian) Tapi janganlah sampai terlalu lama especially time solat jemaah..

sampai ketemu lagi ye..

Rabu, 26 Mei 2010

KiaMat anTara 5 PerKara GhaiB Luar JanGkauan ILmU


salam alaik semua...nak terus ke tjok post baru ek..

Daripada Ibnu Umar, Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : ' 5 kunci perkra ghaib, tidak

mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu tiada mengetahui apa yg tersimpan di dlm rahim (

kandungan perempuan) melainkan ALLAh ; tiada yg mengetahui apa akan terjadi esok hari

melainkan ALLAH; tiada seorang pon yg mengetahui bila waktu hujan akan turun melainkan

ALLAH ; tiada seorang mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH dan tiada yg

mengetahui bila kiamat terjadi melainkan ALLAH.
" (Hadis riwayat Bukhari)


Pemilik ILMU itu adalah ALLAH, tiada yg luput daripd pengetahuan, yg nampak mahupun yg

tersembunyi.


Manusia dan Makhluk lain tidak diberi llmu oleh ALLAh melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu

Manusia jika dibandingkan dgn Ilmu ALLAH ibarat setitik air lautan.


Firman Allah yg bermaksud; " Katakanlah, jika lautan menjadi tinta (menulis) kalimat Tuhanku,

sungguh habislah lautan itu sebelum habis (tulis) kalimat Tuhanku meskipun Kami

mendatangkan lagi dgn lautan yg sebanding dgnnya sebagai bantuan."(surah Al-Kahfi-ayat 109)



renung renungkanlah yer semua dan selamat beringat!!!

Khamis, 13 Mei 2010

I'm CoMe BaCk

Assalamualaikum semua...da lama x up date blog. rindu sesgt nak menyampaikan sebarang

cerita atau berita. alhamdulillah, internet di rumah ana da elok. so boleh la ana sentiasa meng

update blog.insyaallah klo pnjg umo n ada free time.

ana sekarg tgh bercuti sem selama 3 bulan. rase ye hampir semua ipts\ipta da start

bercuti..spnjg cuti ni ana rse cm x cuti je sbb kena berulang alik p blk kolej sbb aritu ada muet

(malaysian university english test). x tau la cmne nak ckp. boleh la.soalan ye x la susah sgt tapi

tok reading, rse cm xda jwpn je.hehehhe..tapi pape pun tawakal je sbb kita dah berusaha.betol

tak??.

lps ni dlm 17 hb-23 mei, da pogram kat kolej sy. pogram ni adlh bwh jurusan sy iaitu syariah

undang2. so lps ni tok seminggu ana xda kat uma. insyaallah, tok next post, ana akan cita psal

keseronokan atau tidak keseronokan pergi ke pogram tersebut.heheheh

klo x silap pada hari rabu 12 hb mei, sy terserempak dgn mlmh yg da lama sy x jumpa kat

masjid negeri iaitu naqibah usrah ana time lps spm iaitu mlmh zaleha. x sangka mlmh tu still

ingat anak buah die ni. yela sesetgh org susah nak ingat anak murid ye. da 2 thun lebih kot x

jumpa mlmh tu. tapi ape pun i miss u mlmh zaleha..da la tyer kabo tntg bita sek dlu kat hira'

jeram kat mlmh. mlmh kata hmpir semua mlmh yg mengajar time kitaorg kat sek tu dlu da

pindah. sedih je dgr. x smngat nak p ziarah sek tu. tapi insyaallah klo da masa, ana akan melawat

gak sek tu nak tahu perkembangannya.insyaalah. okla see u soon...ingat 5 sebelum 5 ye


Sabtu, 20 Mac 2010

16 MaC 2010

Assalamualaikum semua.diharap semuanya dlm keadaan sihat hendaknya. macam nak tulis

surat pulak hehehheeh..

31 Mac ni ana nak final exam. harap semua dapat mendoakan yg terbaik untuk ana ye, mudah

untuk menjawab, mengulangkaji, dan mudah segalanya...amiiiiinnnn...

16 mac aritu pada ari selasa kol 9 malam berlangsungnya program bmbk (baju melayu bertemu

baju kurung)
kat kolej ana ni anjuran pembina..ana da la terlibat sikit dlm program ni.

ahli panel program ni da 3 org iaitu ustaz Mohd Ali Abdullah, ustaz Norman Mohd Nor n Puan

Noorzaimen Abd Kadir.moderatornya kak Noraisyatul Azni Md Saufian(kak long)..



Dari keseluruhan, program ni menarik sesangat terutama utk remaja zmn skrg. program ni

bertujuan utk menjelaskan kpd kita tntg cara pergaulan antara banin n banat dgn betul yg tidak

diikat dgn sebarang ikatan yg sah..paham-paham jela bdk zmn skrg ni terlebih-lebih smpai x

menjaga batasan..tapi yg rugi sesangat sepatutnya program ni dibuat secara besar-besaran..tapi

ari2 jemputan yg hadir dlm sekitar seramai 50 keats rasanya..tapi byk manfaatnya.rugi spe x

datang..


masalah yg sering melanda dunia zmn remaja skrg adlah 'couple'..so program ni menyentuh tntg

perkara ni jugak..hukum bercouple dlm ISlAm adalah haram!!!ingat...ana agak pelik klo ada org

kata yg 'couple secra Islam' wujud kat dunia ni.padahal da terang2 kata haram hukumnya

hubungan sblm nikah.

ana teringat sesangat kata-kata sorang ahli panel ni die ckp "jaga diri n sentiasa

skema"..menarik x kata2nya..insyaallah ana akan senantiasa mencuba akan menjaga diri ni dgn

sebaiknya juga ana harap sesangat spe yg pernah dgr n datang program ni dpt la amek n simpan

n praktik ape yg telah didgr n dpt disampaikan kpd semua...jgn lupa doakan ana dpt jodoh yg

terbaik dunia akhirat ye..

ingat!!pergaulan antara banin n banat yg halal adalah selepas menikah..ok, take

care...wallahualam

Jumaat, 19 Mac 2010

NiKMaT....


Assalamualaikum..rasa ye da lama x update post baru sbb byk sgt asgment tambah dgn nak final

exam lagi 2 minggu..pening jugak rasanya..tapi sbnr ye sedaya upaya jugak nak wat post baru

sbnr ye ni.hehehhe..

arini nak ckp pasal nikmat..sedar atau tidak, manusia kini sebenarnya tak berapa bersyukur

atau tidak menghargai nikmat yang Allah bagi kepada hambaNya. btol x???sama ada manusia tu

sendiri tak menghargai atau tak perasan atau byk lagi laaaa sbbnya..



hasil dari buat observations la kan, saya rasa kita kot byk x sedar dgn nikmat Allah..mcm2

nikmat. nikmat makan, tido, belajar, dan yg penting nikmat hidup laaa. klo kita x hidup kat dunia

ni, x kanlah kita nak dpt segala nikmat yg lain. So berSyUkUr la sesangat sangat!!!


kawan saya selalu ckp, " ala bolehla awk kan pandai atau ala boleh la awk kan baik"...dan sy akan

selalu ingatkan n ckp " apala awk ni..awk x sedar ke kelebihan atau nikmat lain yg awk ada tapi

saya tak ada???saya pun sebutlaa utk meningatkan die n untuk sedarkan die..kita semua kat

dunia ni semua sama cuma yg melainkan kita adalah iman dan taqwa di dada..

so utk kita sentiasa menyedari dan meningati segala nikmat yg Allah da bg kat kita untuk kita

sentiasa bersyukur kepadaNya adalah dengan kita membandingkan diri kita dengan org yg lebih

serba kekurangan dari kita..BuKaN nya kita membandingkan diri kita dgn org yg lebih dari kita.

mcm tu gerenti kita ni kufur nikmat (x bersyukur)...contohnya, kita rasa kita hidup serba

kekurangan pada hal cukup je semuanya. cuma kita sentiasa nak compare kan hidup kita ni dgn

kwn kita yg hidup nak bermewah je. cuba kita compare kan dgn kwn kita yg kekadang mkn x

mkn je kat kolej tu..kan kita lebih bersyukur btol x???

so selagi kita hidup selagi tu kita kena bersyukur la supaya kita x la berlagak atau sombong dgn

org lain..buat ape nak berlagak pon sbb nikmat ni semua Allah bg..x faedah pun nak berlagak

buat penat diri je.hehehhehe..

sekarang ni saya tgh baca bku tajuknya "HAMAS"..kalau saya da masa, saya akan kongsi la sikit

tentang apa yg saya dpt dr yg saya baca tu ek..ok wallahualam.doakan saya utk final exam ni

ek.halalkan segala makan minum tindak tanduk saya tau!!!maafkan segalanya...syukran jazillan

Sabtu, 13 Mac 2010

I will Be TheRe

salam alaik.........


if 1 day you feel like crying.....call me,
i don't promise that i will make you laugh,
but i can cry with you
if 1 day you want to run way,
don't be afraid to call me,
i don't promise to ask you to stop,
but i can run with you
if 1 day you don't want to listen to anyone......call me,
i promise to be there for you
but if 1 day you call...
and there is no answer....
come fast to see me,
perhaps i need you.

Jumaat, 26 Februari 2010

BeCauSe You're My BeSt FriEndns

when you are sad,
i will dry your tears.
whenyou are scared,
i will comfort your fears.
when you are worried,
i will give you you hope.
when you are confused,
i will help you cope.
and when you are lost,
and can't see the light,
i shall be your beacon.
shinning ever so bright,
this is my oath.
i pledge till the end,
why you may ask?
because your my best friends.

Khamis, 25 Februari 2010

Salam Maulid Rasul


Assalamualaikum...selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1431 Hijrah= 12 Rabiul Awal tahun

2010, hari jumaat, 26 februari
..mesti seronok kan sesiapa yg dpt menyertai perarakan Maulidur

Rasul ni.saya masih tak berkesempatan nak menyertainya tapi adalah hasratnya. kat kolej pun

just berarak sekitar kwsn kolej je tahun lps..

Saya rasa bersyukur sangat-sangat sbb dilahirkan sbg umat Nabi Muhammad, nabi yang

terulung. saya rasa semua umat Islam mesti merasai perasaan yg sama mcm saya kan..pernah

terpikir kan best kalau kita dpt merasai pahit getir perjuagan Nabi kita pd zaman dahulu n kan

best kalau kita boleh menjadi sehebat Rasulullah terutama dari segi akhlaknya..wow!!!susah-

susah..just terpikir je..tapi apakan daya kita kan..just jadi yang terbaik dan sebaik mungkin

je.asalkan kita berusaha.

Suka sangat dengan lirik lagu kumpulan nasyid Hijjaz yang bertajuk Dia Kekasih Allah;

malu rasanya mengatakan cinta,
kepada dia kekasih Allah,
kerana dia insan Mulia,
sedangkan diriku insan biasa,
ku pujuk jua hati dan jiwa,
meluahkan rasa cinta membara,
di dalam pujian ucapan selawat,
tanda penghargaan seorang umat,

selagi upaya ku turuti ajaranNya,
apa terdaya ku amalkan sunnahNya,
moga di dunia mendapat berkat,
di akhirat sana beroleh syafaat,
kerana peribadiNya aku terpesona,
kerna budiNya aku jatuh cinta,
rinduku padaNya tiada terkata,
nantikanlah daku di taman Syurga,

sesungguhnya apa yang kudambakan,
adalah cinta Allah yang Esa,
kerana cinta kepada Rasulullah.
bererti cinta kepada Allah.

syahdunya lagu ni. sedih juga saya bila dengar lagu ni. rasa cam dekat je dengan Rasulullah dan

Allah...Ya Rasulullah, Aku Rindu PadaMu!!!!!

ni ada satu sajak yang berkaitan dengan perjuangan Rasulullah.

CiRi PeRjUaNgAn KeBeNaRaN

perjuangan kebenaran jelas jalannya,

jelas matlamatnya,jelas dasar dan konsepnya,

jalannya tidak perlu dicari-cari,

dasar ajarannya jelas bak matahari,

di dalam berjuang masih tercari-cari,tidak akan berlaku,


mana boleh kebenaran diperjuangkan,


sambil mencari-cari dan mencuba-cuba,


ilmunya adalah Al-Quran dan Hadis Nabi,


sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi dan Sahabatnya,


Rasulullah s.a.w akidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan,


disiplin ibadahnya teratur dan penuh kusyuk dan tawaduk,


akhlaknya begitu terserlah yang merupakan bunga diri mereka,


ramai orang tertawan dgn peribadinya,


sebelum tahu ilmunya, dan tentang ajarannya,


sentiasa membaiki diri,


sentiasa merasa berdosa,


malam mengabdikan diri kpd Tuhan,


siang berjuang bak singa lapar,


berusaha mengajak org masuk Islam matlamat perjuangannya,



lain sekali perjuangan Islam di masa kini.


jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari,


cakap politik lebih banyak daripada mengajak org berTuhan dan rasa berTuhan,


mengata,mengecam, memperli jadi budaya,


musuhnya lebih banyak di hina drpd didoakan,


akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya.


so, sentiaslah mengingati Rasulullah setiapa masa dan detik dengan berselawat kpdNya dan jgn

lupa utk berdoa agar kita akan dipertemukan denganNya di akhirat kelak..wallahualam

Ahad, 14 Februari 2010

AnA kAgUm!!!!


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat dan pengunjung blok ku..arini masih dlm holiday, cuti

raya cina la katakan tapi ana ada kat kolej je tak balik rumah sbb da program aritu..rse sedih

jugak sbb semua adik-beradik ana ada kat uma kecuali ana je xda..post arini ana nak luahkan

feel ana yg ana rasa dan pendam berabad lamanya..rasa kagum???pada siapa???ini antara

insan-insan yg ana kagumi secara umumnya n personalnya sebenarnya tapi tak la cerita secra

detail.. ada lagi insan yg ana kagumi dlm hidup ana ni tapi...secret la hehehehe...ana luahkan

perasaan kagum ana ni sbb tanda menghargai kalian semua secara langsung atau tidak langsung

dlm hidup ana ni..


sebenarnya ramai lagi org yg ana kagum tapi ana sebut sebahagiannya sahaja iaitu first; org yg

ana kagum adalah mualaf, saudara baru kita. sbbnya adalah kerana kekuatan mereka dlm

mengharungi kehidupan mereka dlm agama yg baru mereka anuti ni iaitu agama Islam..ana

kagum tersangat-sangat lah dgn mereka. bahkan kadang-kadang ana rasa mereka ni lagi kuat

iman mereka daripada mereka yg sedia lahir dlm agama Islam ni..sedih juga rasanya.mcm mana

ye mereka boleh kuat dlm mengharungi arus cabaran dunia ni??fikir-fikirkan..



second, org yg ana kagumi adalah senior mahupun junior yg pernah bersekolah di Hira' (SMIH)

yg masih berpegang dgn tarbiah yg telah diajar di sekolah tersebut tak kisahlah pernah

bersekolah di situ setahun ke dua tahun ke sebulan ke..sbbnya agak susah sebenarnya kita nak

lihat 'acuan yg telah kita bentuk akan terbentuk baik selamanya' dgn pelbagai godaan dan

cabaran kat dunia ni kan.so tahniah la ye buat mereka yg tergolong dlm kumpulan ni..ana ingat

lagi moto Hira' iaitu Ilmu Diamal, Iman Ditingkat..Allahuakhbar!!!





kepada sahabat-shabat yg ana kagum di kolej islam pahang ni terima kasih atas segalanya dan

terima kasih kerana sudi berkawan dgn ana ni walaupun ana tahu ana ni baik sangat

hahhaha (gurau je) dgn kalian semua. ana harap sangat ukhuwah yg di bina bukan sekadar di

kolej ini sahaja bahkan kekal selamanya walaupun belajar 3 tahun je kat kolej ni..amiiiiinnn

halalkan segalanya ye dan maafkan segala kesalahan ana dari dunia sampai akhirat.




insan yg ana kagumi dlm hidup ana juga adalah sahabat baik ana iaitu 6 n(nasihah, nora, wahida,

aqila, nabilah dan ana)
kerana kalian semua adalah sebahagian dr kekuatan buat diri ana juga

dlm menempuh hidup ni sebenarnya. syukur tak terhingga diucapkan ke hadrat Allah kerana

mengurniakan sahabat-sahabat ana ni..u all da best!!! halalkan semuanya n maafkan segala

keterlanjuran yg ana lakukan pd kalian semua tau..insyaallah ukhuwah kita ni akan kekal sampai

ke syurga amiiiiinnnnn...tak dilupakan buat batch ana batch 13 ana rindu sgt-sgt korang

semua!!!kawin jgn lupa jemput tau!!!ana bila ye nak kawin??? heheheh.....doakan jela ye

secepatnya..wallahualam

Sabtu, 13 Februari 2010

kampung bangau

Assalamualaikum semua pengunjung blok ku yg tidak jemu menjengah walaupon seketika. syukran jazillan diucapkan..nak tulis post ni semalam tapi penat sgt.

semalam tanggal 13 februari 2010 hari sabtu, ana ada program di Temerloh iaitu lawatan ke

rumah warga emas di kampung bangau tanjung, temerloh pahang. seramai 40 org semuanya yg

pergi ke sana. bertolak dlm pukul 8 lebih kalau x silap. sesampai di sana dlm pukul 10 lebih, rasa

seronok nak jumpa warga emas kat umah tu. seramai 6 lelaki dan 5 wanita majoriti

melayu,seorang cina muslim perempuan yg menginap di situ. ari2 da berkesempatan utk ke

rumah tu sbb nak buat survey. so dipendekkan crita, terpancar kegembiraan di wajah2 mereka.

seronok tgk mereka gembira, tersenyum, ceria x terkata la.

lps tu brkumpul kat dewan.bg taklimat semua, bahagikn kumpulan n truskn program. first task,

buat gtong royong di kwsn rumah tu, bersihkan surau n rumah pak cik n makcik kat si2, banin

mesin rumput, mengecat n bersihkan kwsn sekeliling.best la gak sbb da lama x buat kerja2 mcm

tu hehehe.sambil2 tu berborak dgn makcik pakcik kat situ.mcm2 cita. kelakar pun ada sbb tgk

gelagat ragam makcik pakcik kat citu.

dlm kol 1 lebih berehat sekejap n makan nasi ayam dgn warga emas kat situ sekali. lps tu solat

jemaah jamak kat surau. lps solat,banin da baca tahlil kat situ. yg banat p ke rumah makcik

pakcik kat citu borak2.dlm kol 4 majlis penutup. nak blk tu, bg la sumbangan mknn asasi kat

setiap seorang kat warga emas tu. lps tu salam semua makcik(banat) pakcik(banini) kat situ.

rasa sedih campur gembira time nak salam dorang walaupun x la kua air mata ni.tp kalau

ikutkan, penghulu kat situ ckp makcik pakcik tu akan menangis lps kitaorg semua blk.huhuhu

sedihnya.



so kesimpulannya, pengajaran yg kita boleh amek dr lawatan ni adalah first, jgn sekali-kali

hntr parents kita kat umah org tua walau mcm mana keadaan sekalipon sbb dorang yg melahir n

menjaga n membesarkan kita dr kecil smpai besar sekarang. kenapa seorg ibu boleh menjaga

anak yg ramai tetapi anak yg ramai tu x sanggup utk menjaga ibu yg seorang???pikir-

pikirkanlah. kedua, jaga n hormat ibu bapa kita kerana banyak pengorbanan yg telah diberikn

kepada kita sepanjang kehidupan kita di dunia ni semata-mata nak berikn keselesaan kpd kita

jugak. ketiga, jgn sekali-kali derhaka kpd org tua kita!!!keempat, kalau la kita derhaka kat org

tua kita , INGAt!!!! dunia sampai akhirat, hidup kita xkn selamat selamanya n tak diberkati

semuanya.kelima, jgn lupa doakan kedua ibu bapa kita. kadang-kadang kita

rasa parents kita mcm x paham kita je, kongkong kita la, x bagi apa yg kita nak la, marah kita la

(marah sbb sayang), tapi sbenarnya itu adalah sebagai salah satu pengajaran n didikan yg cuba

dilakukan utk membntuk kita ke arah yg lebih baik pada masa hadapan. btol tak???


sebagai pesanan....kepada semua insan-insan yg bergelar manusia yg menghantar ibu bapa

mereka ke rumah org tua-tua tu..INGATLAH!!segala apa yg kita buat pasti akan dibalas

olehNYA sama ada cepat mahupun lambat....dan semua yg kita buat di dunia mungkin terlepas

dari sebarang balasan tetapi akan disoal n ditanya semula di akhirat kelak. ...buat peringatan

kepada diri ana juga n semua insan yg bergelar 'manusia'....wallahualam

Khamis, 4 Februari 2010

14 Februari??


salam alaik semua..sbnr ye niat nak cita psal topik lain tapi tgh xda mood pulak. jadi just

menyampaikan artikel org lain utk tatapan semua. kira ye menyampaikan pesanan la ni yek.

just tok peringatan untuk semua termasok ana la ye..psal tarikh keramat yg org nanti2 kan pada

mereka yg memang nanti2 kan iaitu Hari Kekasih. ana sebenar ye pelik sangat pada manusia2

yg memang beriya-iya nak menyambut ari kekasih ni padahal dorang tau je yg ari kekasih ni

adalah hari yg menjadi amalan orang barat. tapi tabiat manusia, perkara yg berfaedah n elok x

nak pulak ikot Tapi kalau perkara yg sebaliknya sanggup nak ikot n buat. takut org lain ckp

'Kolot la korang ni' atau 'org lain buat boleh kenapa aku buat tak boleh???'...so mcm2 reaksi yg

dpt kita lihat pada masyarkat kita skrg ni..so bacalah ek artikel yg diambil dr web i luv islam ni

ye...trimas..


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan

ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's

Day.
Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah

sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak

mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci

kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai

kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa

dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.



Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi

saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih

sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak

melanggar syarak, tidak melampaui batas.
Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.
Malangnya. Bukan perkara baru,

sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya,

buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya,

serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"
Justeru, sebagai lambang cinta si

gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah

syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..


Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal

dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu.

Siapa yang harus dipersalahkan?
Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari

Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan

biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri

demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.


Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi

suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Selasa, 2 Februari 2010

syajaratun

Assalamualaikum semua....salam ukhuwah buat semua pengunjung blog ku..arini nak tunjuk sedikit keindahan ciptaan Tuhan yg telah dicipta olehNya iaitu pokok atau dlm arabnya dipanggil syajaratun atau dlm english nya tree.ana dpt gmbr2 ni dlm internet@blog org, tak ingat pulak ktne. tapi yg penting menarik n pelik.tu yg pasti!!!sje nak menambah post baru sementara tgh cuti ni..so silalah tgk ye :






menarikkan!!!!sungguh menakjubkan...Allahuakhbar Allahuakhbar...inilah kebesaran Allah yg tidak ternilai yg diciptakanNya.wow.........wallahualam

Isnin, 1 Februari 2010

AL-UT'LAH (cuti)


salam alaik....da lama saya x up date blog ni...heheheheh..wireless kat bilik x bpe elok.so susah la

nak update. ni pun sbb tgh cuti boleh la update tgh ada kat uma ni.klo x....

rse ye agk free gak otak ni time cuti ni sbb klo da kat kolej sibuk dgn mcm2 sbjek n asgment.so

kira ye ni rehat la jap walaupon da je asgment x siap lagi..nak kongsi sikit. saya sem 4 ni da dlm 9

sbjek. satu je yg 3 kredit hour, yg lain semua 2 kredit hour.sbjek ye
  • usul fiqh (3hour)
  • kaedah fiqh
  • penghantar fiqh
  • criminal law (perbandingan)
  • family law(perbandingan)
  • english
  • arab lil syariah
  • siasah
  • usrah
so, ni la sbjek yg saya bljr sem ni.agak susah dr sem lps. sbb lebih kpd bahasa arab. tapi seronok

sbb saya minat sgt dgn bahasa arab. pape pon diharap kamu semua dpt mendoakn yg terbaik

untuk saya pada sem ni dan sem yg akan datang supaya dipermudahkan dlm menuntut ilmu ni

didunia n akhirat ek.amiiiiiiin....


sekarang ni saya tgh cuti midterm selama seminggu je dr 30hb-7 hb 2 je..ari ahd lps, ana p

melawat adik ana kat kem plkn bidor, perak naik keta alza dgn ibu, ayah,abg n kakak.seronok

tgk adik saya, bersemangat.heheheheh...wirawati shah alam la katakan..first time dpt tgk adik

kat kem plkn.seronok tgk tmpt die tapi mcm ada kat dlm asrama pulak.peraturan die ketat la

juga. tapi bgos la kan utk bdk2 tu biar berdisiplin sikit.hehehehee..tapi yg sedih ye x dapat borak

gan adik lama2 huhuhu pape pun rindu kat die sangat2...

okla, tu je nak cita. akhir kata, nak nasihat sikit..kita perlulah bersyukur dgn segala nikmat yg

Allah kurnia pada kita secra langsung mahu pun secra x langsung..setiap

detik, saat n tempat jgn kita sekali-kali lupakan allah sama ada senang atau susah keadaan ye.

igat segalanya adlah ujian dr Allah utk mengukur iman kita n untuk mematangkan diri kita

sendiri actually..contohnya, kita jgn la membandingkan diri kita dgn org yg lebih 'up' dr kita

TAPI kita tgk pada org yg lebih 'kurang' dari kita.baru btol n dgn itu kita akan senantiasa

bersyukur kpdNya. btol x??? wasalam

Khamis, 21 Januari 2010

salam alaik ya kullu insani....





rse ye da lama ana tak update blog ni sbb wireless kureng sket kat cni..fuuuuuuhhhhh

da lebih sebulan dok kolej ni. stress + pening+kelam kabut+mcm2 laaa selama da 6 minggu

duk kat cini..kdang2 rse cm best ada sedih pun ada dok cni.sbb ye pikir kan kwn2 yg ku sayangi.

npe manusia lebih mengikuti atau mengambil pada perkara yg x beri pun pape kebaikan pada

diri sendiri n lebih mengutamakan hawa nafsu yg sedia memberikan kerosakan kpd kita jika

tidak dikawal???? kenapa ek??pelik bin ajaib betul laaa. kalau benda yg baik2, x nak pulak

mengikut ye..contoh ye kalau soal pakai celak la. contoh ye.utk banat.kata ye pakai celak tok ikut

sunnah sedangkan klo kita pakai kat lua bukan dlm rumah akan menimbulkan fitnah pd

perempuan trsebut. so inila persoalan ye??? sunnah yg lain ada x nak pulak ikut ye.pelik2...klo

contoh tok banin pulak. psal poligami. kata ye sunnah nabi TAPI sunnah yg lain xnak ikot pulak.

so ape cerrrr???jadi pikir2 kan laaa .


kawan atau sahabat atau sodiqah atau friends and lain2 lagi adalah salah satu anugerah Allah

pada hamba ye yg tidak terhingga pada mereka yg betol2 menghargainya n menyedarinya. kita

amat n sangat2 memerlukannya kerana tanpa mereka kita tidak dpt mengharungi kehidupan

kita dgn sebaik ye. walaupon kita kena menghadapi pelbagai2 kereneh n ragam kawan kita,

namun kita pasti akan dpt n cuba tok memahami ye dgn sebaik yg boleh. kita perlu ingat jika

sahabat kita mengingatkan kita ketika kelupaan n kelalaian, kita jgn pikir yg sahabat kita ni

sibuk jg tepi kain kita atau busybody dgn urusan kita bahkan sebenar nya n hakikat ye kita

menyayangi sahabat kita dgn sepenuh jiwa kita. kalau kita x sayang sahabat kita tu, mesti kita

akan biarkan die terabai dipikul ombak dunia yg fana n apa2 perkara yg mazmumah n mungkar

yg die buat mesti kita buat x tau je kan. so hargailah sahabat kita dgn sebaik ye. kerana mungkin

kita tidak akan menemuinya lagi pada masa akan datang n kita tidak akan menemui penganti ye

lagi..wallahualam...ana amat bersyukur n thanks to Allah because Him gives me many goods

friends in my life.Alhamdulillah syukur....Sahabat Yang Beriman Ibarat Mentari...

Sabtu, 2 Januari 2010

wow!!!!

assalamualaikum n selamat malam semua





pagi td dlm kol 9 lebih, p stadium malawati hntr adik p plkn. adik sy dpt kem kat bidor, perak.

huhuhu kira ye adik sy berjuang tok p plkn.dlm adik-beradik kitaorg die jela yg kena p plkn. apa

nak buat da nasib.huhuhu sdih ye. sbnr ye adik sy nak p amek stam tapi xda rzeki pulak tapi tgk

la nnt. xpe smoga adik sy dpt menjadi 'org baru' bila die blk nnt. amiiiiiiiin Allahuakhbar!!!




haaaaaah, nak cita 1 pengalaman time thon br aritu. tanggal 31 dis 2009,mlm jumaat, ana dlm

prjlnn dr kuantan nak blk umah. tapi trpaksa bli tket trun pekeliling sbb nak ke shah alam, tket

ada tp kol 12.30 pagi. lambat pulak..so trun la kat pekeliling. time tu mcm2 perasaan ada. kol

11.15 mlm,lagi 45 minit nak thon br, smpai je kat pekeliling, dgn perasaan tkot-tkot berani ye

ana dgn seorg dri p naik monorail. trpaksa wlaupon mlm. amek tket smpai KL Sentral. so, dlm

monorail ramai sgt manusia nak p smbot thon br dgn mcm2 ragam n gelagat manusia n trend.

alahai ana boleh tgk n pikirkan sesuatu ( kan bagos klo umat islam bersemangat tok tegakkn

agama Allah sama smngat dorang
tok p smbut thon br) tapi apa nak buat...smpai 1 stesen tu, ana

tgk ramai sgt2 org p smbut thon br. dlm hati ana rasa sgt-sgt la sedih (nak nangis tapi control je)

yela sggup dorang bersesak-sesak laki perempuan utk smbt thun br. pelik sungguh kan. tapi

mmg la org zaman skrg lebih suka berhibur la katakan. yg lebih menyedihkan ana, mlm thun br

tukn mlm jumaat. ptot ye bc yassin atau tmbhkn amalan masing2 tp dorang......




so, renung-renungkanlah. da msok thun br ni tanam n tgkatkan azam baru kita utk menjadi

insan yg lebih berwawasan n kuat dr segala segi ek. so utk spe yg lahir thon 1990, nmpk ye

pangkal no umur kita bukan lagi dlm belasan thon lagi tapi da 20-an. kejap je rasa. diharap moga

menjadi insan yg lebih berjaya, solehah, matang (hehehehe) n tabah mengharungi segala ya ok

wallahualam selamat tahun baru

Khamis, 24 Disember 2009

The Climb

salam semua...


i can almost see it,
that dream i'm dreaming, but
there's a voice inside of my head
telling
you'll never reach it
every step i'm taking
every move i'm make
feels lost in no direction
my faith is shaking
but i gotta keep trying
gotta keep my head heal high
there's always gonna be another
mountain
i'm always gonna wanna make it
move
always gonna be an uphill battle
sometimes i'm gonna have to lose ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the
other side
it's a climb


the struggles i'm facing
the changes i'm taking
sometimes they knock me down, but
no i'm not breaking
i may not know where, but
these are the moments that
i'm gonna remember most
i've just gotta keep going, and
i gotta be strong
just keep pushing on, but


there's always gonna be another
mountain
i'm always gonna wanna make it
move
always gonna be an uphill battle

sometimes i'm gonna have to lose
ain't about how fast i get there

ain't about what's waiting on the
other side
it's a climb

there's always gonna be another
mountain
i'm always gonna wanna make it
move
always gonna be an uphill battle
sometimes i'm gonna have to lose
ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the
other side
it's a climb
keep on moving
keep climbing
keep the faith baby
it's all about, it's all about
the climb
keep the faith, keep your faith, woah