CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 25 Februari 2010

Salam Maulid Rasul


Assalamualaikum...selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1431 Hijrah= 12 Rabiul Awal tahun

2010, hari jumaat, 26 februari
..mesti seronok kan sesiapa yg dpt menyertai perarakan Maulidur

Rasul ni.saya masih tak berkesempatan nak menyertainya tapi adalah hasratnya. kat kolej pun

just berarak sekitar kwsn kolej je tahun lps..

Saya rasa bersyukur sangat-sangat sbb dilahirkan sbg umat Nabi Muhammad, nabi yang

terulung. saya rasa semua umat Islam mesti merasai perasaan yg sama mcm saya kan..pernah

terpikir kan best kalau kita dpt merasai pahit getir perjuagan Nabi kita pd zaman dahulu n kan

best kalau kita boleh menjadi sehebat Rasulullah terutama dari segi akhlaknya..wow!!!susah-

susah..just terpikir je..tapi apakan daya kita kan..just jadi yang terbaik dan sebaik mungkin

je.asalkan kita berusaha.

Suka sangat dengan lirik lagu kumpulan nasyid Hijjaz yang bertajuk Dia Kekasih Allah;

malu rasanya mengatakan cinta,
kepada dia kekasih Allah,
kerana dia insan Mulia,
sedangkan diriku insan biasa,
ku pujuk jua hati dan jiwa,
meluahkan rasa cinta membara,
di dalam pujian ucapan selawat,
tanda penghargaan seorang umat,

selagi upaya ku turuti ajaranNya,
apa terdaya ku amalkan sunnahNya,
moga di dunia mendapat berkat,
di akhirat sana beroleh syafaat,
kerana peribadiNya aku terpesona,
kerna budiNya aku jatuh cinta,
rinduku padaNya tiada terkata,
nantikanlah daku di taman Syurga,

sesungguhnya apa yang kudambakan,
adalah cinta Allah yang Esa,
kerana cinta kepada Rasulullah.
bererti cinta kepada Allah.

syahdunya lagu ni. sedih juga saya bila dengar lagu ni. rasa cam dekat je dengan Rasulullah dan

Allah...Ya Rasulullah, Aku Rindu PadaMu!!!!!

ni ada satu sajak yang berkaitan dengan perjuangan Rasulullah.

CiRi PeRjUaNgAn KeBeNaRaN

perjuangan kebenaran jelas jalannya,

jelas matlamatnya,jelas dasar dan konsepnya,

jalannya tidak perlu dicari-cari,

dasar ajarannya jelas bak matahari,

di dalam berjuang masih tercari-cari,tidak akan berlaku,


mana boleh kebenaran diperjuangkan,


sambil mencari-cari dan mencuba-cuba,


ilmunya adalah Al-Quran dan Hadis Nabi,


sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi dan Sahabatnya,


Rasulullah s.a.w akidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan,


disiplin ibadahnya teratur dan penuh kusyuk dan tawaduk,


akhlaknya begitu terserlah yang merupakan bunga diri mereka,


ramai orang tertawan dgn peribadinya,


sebelum tahu ilmunya, dan tentang ajarannya,


sentiasa membaiki diri,


sentiasa merasa berdosa,


malam mengabdikan diri kpd Tuhan,


siang berjuang bak singa lapar,


berusaha mengajak org masuk Islam matlamat perjuangannya,



lain sekali perjuangan Islam di masa kini.


jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari,


cakap politik lebih banyak daripada mengajak org berTuhan dan rasa berTuhan,


mengata,mengecam, memperli jadi budaya,


musuhnya lebih banyak di hina drpd didoakan,


akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya.


so, sentiaslah mengingati Rasulullah setiapa masa dan detik dengan berselawat kpdNya dan jgn

lupa utk berdoa agar kita akan dipertemukan denganNya di akhirat kelak..wallahualam