CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 26 Februari 2010

BeCauSe You're My BeSt FriEndns

when you are sad,
i will dry your tears.
whenyou are scared,
i will comfort your fears.
when you are worried,
i will give you you hope.
when you are confused,
i will help you cope.
and when you are lost,
and can't see the light,
i shall be your beacon.
shinning ever so bright,
this is my oath.
i pledge till the end,
why you may ask?
because your my best friends.

Khamis, 25 Februari 2010

Salam Maulid Rasul


Assalamualaikum...selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1431 Hijrah= 12 Rabiul Awal tahun

2010, hari jumaat, 26 februari
..mesti seronok kan sesiapa yg dpt menyertai perarakan Maulidur

Rasul ni.saya masih tak berkesempatan nak menyertainya tapi adalah hasratnya. kat kolej pun

just berarak sekitar kwsn kolej je tahun lps..

Saya rasa bersyukur sangat-sangat sbb dilahirkan sbg umat Nabi Muhammad, nabi yang

terulung. saya rasa semua umat Islam mesti merasai perasaan yg sama mcm saya kan..pernah

terpikir kan best kalau kita dpt merasai pahit getir perjuagan Nabi kita pd zaman dahulu n kan

best kalau kita boleh menjadi sehebat Rasulullah terutama dari segi akhlaknya..wow!!!susah-

susah..just terpikir je..tapi apakan daya kita kan..just jadi yang terbaik dan sebaik mungkin

je.asalkan kita berusaha.

Suka sangat dengan lirik lagu kumpulan nasyid Hijjaz yang bertajuk Dia Kekasih Allah;

malu rasanya mengatakan cinta,
kepada dia kekasih Allah,
kerana dia insan Mulia,
sedangkan diriku insan biasa,
ku pujuk jua hati dan jiwa,
meluahkan rasa cinta membara,
di dalam pujian ucapan selawat,
tanda penghargaan seorang umat,

selagi upaya ku turuti ajaranNya,
apa terdaya ku amalkan sunnahNya,
moga di dunia mendapat berkat,
di akhirat sana beroleh syafaat,
kerana peribadiNya aku terpesona,
kerna budiNya aku jatuh cinta,
rinduku padaNya tiada terkata,
nantikanlah daku di taman Syurga,

sesungguhnya apa yang kudambakan,
adalah cinta Allah yang Esa,
kerana cinta kepada Rasulullah.
bererti cinta kepada Allah.

syahdunya lagu ni. sedih juga saya bila dengar lagu ni. rasa cam dekat je dengan Rasulullah dan

Allah...Ya Rasulullah, Aku Rindu PadaMu!!!!!

ni ada satu sajak yang berkaitan dengan perjuangan Rasulullah.

CiRi PeRjUaNgAn KeBeNaRaN

perjuangan kebenaran jelas jalannya,

jelas matlamatnya,jelas dasar dan konsepnya,

jalannya tidak perlu dicari-cari,

dasar ajarannya jelas bak matahari,

di dalam berjuang masih tercari-cari,tidak akan berlaku,


mana boleh kebenaran diperjuangkan,


sambil mencari-cari dan mencuba-cuba,


ilmunya adalah Al-Quran dan Hadis Nabi,


sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi dan Sahabatnya,


Rasulullah s.a.w akidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan,


disiplin ibadahnya teratur dan penuh kusyuk dan tawaduk,


akhlaknya begitu terserlah yang merupakan bunga diri mereka,


ramai orang tertawan dgn peribadinya,


sebelum tahu ilmunya, dan tentang ajarannya,


sentiasa membaiki diri,


sentiasa merasa berdosa,


malam mengabdikan diri kpd Tuhan,


siang berjuang bak singa lapar,


berusaha mengajak org masuk Islam matlamat perjuangannya,



lain sekali perjuangan Islam di masa kini.


jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari,


cakap politik lebih banyak daripada mengajak org berTuhan dan rasa berTuhan,


mengata,mengecam, memperli jadi budaya,


musuhnya lebih banyak di hina drpd didoakan,


akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya.


so, sentiaslah mengingati Rasulullah setiapa masa dan detik dengan berselawat kpdNya dan jgn

lupa utk berdoa agar kita akan dipertemukan denganNya di akhirat kelak..wallahualam

Ahad, 14 Februari 2010

AnA kAgUm!!!!


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat dan pengunjung blok ku..arini masih dlm holiday, cuti

raya cina la katakan tapi ana ada kat kolej je tak balik rumah sbb da program aritu..rse sedih

jugak sbb semua adik-beradik ana ada kat uma kecuali ana je xda..post arini ana nak luahkan

feel ana yg ana rasa dan pendam berabad lamanya..rasa kagum???pada siapa???ini antara

insan-insan yg ana kagumi secara umumnya n personalnya sebenarnya tapi tak la cerita secra

detail.. ada lagi insan yg ana kagumi dlm hidup ana ni tapi...secret la hehehehe...ana luahkan

perasaan kagum ana ni sbb tanda menghargai kalian semua secara langsung atau tidak langsung

dlm hidup ana ni..


sebenarnya ramai lagi org yg ana kagum tapi ana sebut sebahagiannya sahaja iaitu first; org yg

ana kagum adalah mualaf, saudara baru kita. sbbnya adalah kerana kekuatan mereka dlm

mengharungi kehidupan mereka dlm agama yg baru mereka anuti ni iaitu agama Islam..ana

kagum tersangat-sangat lah dgn mereka. bahkan kadang-kadang ana rasa mereka ni lagi kuat

iman mereka daripada mereka yg sedia lahir dlm agama Islam ni..sedih juga rasanya.mcm mana

ye mereka boleh kuat dlm mengharungi arus cabaran dunia ni??fikir-fikirkan..



second, org yg ana kagumi adalah senior mahupun junior yg pernah bersekolah di Hira' (SMIH)

yg masih berpegang dgn tarbiah yg telah diajar di sekolah tersebut tak kisahlah pernah

bersekolah di situ setahun ke dua tahun ke sebulan ke..sbbnya agak susah sebenarnya kita nak

lihat 'acuan yg telah kita bentuk akan terbentuk baik selamanya' dgn pelbagai godaan dan

cabaran kat dunia ni kan.so tahniah la ye buat mereka yg tergolong dlm kumpulan ni..ana ingat

lagi moto Hira' iaitu Ilmu Diamal, Iman Ditingkat..Allahuakhbar!!!





kepada sahabat-shabat yg ana kagum di kolej islam pahang ni terima kasih atas segalanya dan

terima kasih kerana sudi berkawan dgn ana ni walaupun ana tahu ana ni baik sangat

hahhaha (gurau je) dgn kalian semua. ana harap sangat ukhuwah yg di bina bukan sekadar di

kolej ini sahaja bahkan kekal selamanya walaupun belajar 3 tahun je kat kolej ni..amiiiiinnn

halalkan segalanya ye dan maafkan segala kesalahan ana dari dunia sampai akhirat.




insan yg ana kagumi dlm hidup ana juga adalah sahabat baik ana iaitu 6 n(nasihah, nora, wahida,

aqila, nabilah dan ana)
kerana kalian semua adalah sebahagian dr kekuatan buat diri ana juga

dlm menempuh hidup ni sebenarnya. syukur tak terhingga diucapkan ke hadrat Allah kerana

mengurniakan sahabat-sahabat ana ni..u all da best!!! halalkan semuanya n maafkan segala

keterlanjuran yg ana lakukan pd kalian semua tau..insyaallah ukhuwah kita ni akan kekal sampai

ke syurga amiiiiinnnnn...tak dilupakan buat batch ana batch 13 ana rindu sgt-sgt korang

semua!!!kawin jgn lupa jemput tau!!!ana bila ye nak kawin??? heheheh.....doakan jela ye

secepatnya..wallahualam

Sabtu, 13 Februari 2010

kampung bangau

Assalamualaikum semua pengunjung blok ku yg tidak jemu menjengah walaupon seketika. syukran jazillan diucapkan..nak tulis post ni semalam tapi penat sgt.

semalam tanggal 13 februari 2010 hari sabtu, ana ada program di Temerloh iaitu lawatan ke

rumah warga emas di kampung bangau tanjung, temerloh pahang. seramai 40 org semuanya yg

pergi ke sana. bertolak dlm pukul 8 lebih kalau x silap. sesampai di sana dlm pukul 10 lebih, rasa

seronok nak jumpa warga emas kat umah tu. seramai 6 lelaki dan 5 wanita majoriti

melayu,seorang cina muslim perempuan yg menginap di situ. ari2 da berkesempatan utk ke

rumah tu sbb nak buat survey. so dipendekkan crita, terpancar kegembiraan di wajah2 mereka.

seronok tgk mereka gembira, tersenyum, ceria x terkata la.

lps tu brkumpul kat dewan.bg taklimat semua, bahagikn kumpulan n truskn program. first task,

buat gtong royong di kwsn rumah tu, bersihkan surau n rumah pak cik n makcik kat si2, banin

mesin rumput, mengecat n bersihkan kwsn sekeliling.best la gak sbb da lama x buat kerja2 mcm

tu hehehe.sambil2 tu berborak dgn makcik pakcik kat situ.mcm2 cita. kelakar pun ada sbb tgk

gelagat ragam makcik pakcik kat citu.

dlm kol 1 lebih berehat sekejap n makan nasi ayam dgn warga emas kat situ sekali. lps tu solat

jemaah jamak kat surau. lps solat,banin da baca tahlil kat situ. yg banat p ke rumah makcik

pakcik kat citu borak2.dlm kol 4 majlis penutup. nak blk tu, bg la sumbangan mknn asasi kat

setiap seorang kat warga emas tu. lps tu salam semua makcik(banat) pakcik(banini) kat situ.

rasa sedih campur gembira time nak salam dorang walaupun x la kua air mata ni.tp kalau

ikutkan, penghulu kat situ ckp makcik pakcik tu akan menangis lps kitaorg semua blk.huhuhu

sedihnya.



so kesimpulannya, pengajaran yg kita boleh amek dr lawatan ni adalah first, jgn sekali-kali

hntr parents kita kat umah org tua walau mcm mana keadaan sekalipon sbb dorang yg melahir n

menjaga n membesarkan kita dr kecil smpai besar sekarang. kenapa seorg ibu boleh menjaga

anak yg ramai tetapi anak yg ramai tu x sanggup utk menjaga ibu yg seorang???pikir-

pikirkanlah. kedua, jaga n hormat ibu bapa kita kerana banyak pengorbanan yg telah diberikn

kepada kita sepanjang kehidupan kita di dunia ni semata-mata nak berikn keselesaan kpd kita

jugak. ketiga, jgn sekali-kali derhaka kpd org tua kita!!!keempat, kalau la kita derhaka kat org

tua kita , INGAt!!!! dunia sampai akhirat, hidup kita xkn selamat selamanya n tak diberkati

semuanya.kelima, jgn lupa doakan kedua ibu bapa kita. kadang-kadang kita

rasa parents kita mcm x paham kita je, kongkong kita la, x bagi apa yg kita nak la, marah kita la

(marah sbb sayang), tapi sbenarnya itu adalah sebagai salah satu pengajaran n didikan yg cuba

dilakukan utk membntuk kita ke arah yg lebih baik pada masa hadapan. btol tak???


sebagai pesanan....kepada semua insan-insan yg bergelar manusia yg menghantar ibu bapa

mereka ke rumah org tua-tua tu..INGATLAH!!segala apa yg kita buat pasti akan dibalas

olehNYA sama ada cepat mahupun lambat....dan semua yg kita buat di dunia mungkin terlepas

dari sebarang balasan tetapi akan disoal n ditanya semula di akhirat kelak. ...buat peringatan

kepada diri ana juga n semua insan yg bergelar 'manusia'....wallahualam

Khamis, 4 Februari 2010

14 Februari??


salam alaik semua..sbnr ye niat nak cita psal topik lain tapi tgh xda mood pulak. jadi just

menyampaikan artikel org lain utk tatapan semua. kira ye menyampaikan pesanan la ni yek.

just tok peringatan untuk semua termasok ana la ye..psal tarikh keramat yg org nanti2 kan pada

mereka yg memang nanti2 kan iaitu Hari Kekasih. ana sebenar ye pelik sangat pada manusia2

yg memang beriya-iya nak menyambut ari kekasih ni padahal dorang tau je yg ari kekasih ni

adalah hari yg menjadi amalan orang barat. tapi tabiat manusia, perkara yg berfaedah n elok x

nak pulak ikot Tapi kalau perkara yg sebaliknya sanggup nak ikot n buat. takut org lain ckp

'Kolot la korang ni' atau 'org lain buat boleh kenapa aku buat tak boleh???'...so mcm2 reaksi yg

dpt kita lihat pada masyarkat kita skrg ni..so bacalah ek artikel yg diambil dr web i luv islam ni

ye...trimas..


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan

ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's

Day.
Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah

sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak

mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci

kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai

kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa

dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.



Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi

saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih

sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak

melanggar syarak, tidak melampaui batas.
Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.
Malangnya. Bukan perkara baru,

sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya,

buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya,

serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"
Justeru, sebagai lambang cinta si

gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah

syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..


Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal

dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu.

Siapa yang harus dipersalahkan?
Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari

Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan

biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri

demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.


Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi

suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Selasa, 2 Februari 2010

syajaratun

Assalamualaikum semua....salam ukhuwah buat semua pengunjung blog ku..arini nak tunjuk sedikit keindahan ciptaan Tuhan yg telah dicipta olehNya iaitu pokok atau dlm arabnya dipanggil syajaratun atau dlm english nya tree.ana dpt gmbr2 ni dlm internet@blog org, tak ingat pulak ktne. tapi yg penting menarik n pelik.tu yg pasti!!!sje nak menambah post baru sementara tgh cuti ni..so silalah tgk ye :






menarikkan!!!!sungguh menakjubkan...Allahuakhbar Allahuakhbar...inilah kebesaran Allah yg tidak ternilai yg diciptakanNya.wow.........wallahualam

Isnin, 1 Februari 2010

AL-UT'LAH (cuti)


salam alaik....da lama saya x up date blog ni...heheheheh..wireless kat bilik x bpe elok.so susah la

nak update. ni pun sbb tgh cuti boleh la update tgh ada kat uma ni.klo x....

rse ye agk free gak otak ni time cuti ni sbb klo da kat kolej sibuk dgn mcm2 sbjek n asgment.so

kira ye ni rehat la jap walaupon da je asgment x siap lagi..nak kongsi sikit. saya sem 4 ni da dlm 9

sbjek. satu je yg 3 kredit hour, yg lain semua 2 kredit hour.sbjek ye
  • usul fiqh (3hour)
  • kaedah fiqh
  • penghantar fiqh
  • criminal law (perbandingan)
  • family law(perbandingan)
  • english
  • arab lil syariah
  • siasah
  • usrah
so, ni la sbjek yg saya bljr sem ni.agak susah dr sem lps. sbb lebih kpd bahasa arab. tapi seronok

sbb saya minat sgt dgn bahasa arab. pape pon diharap kamu semua dpt mendoakn yg terbaik

untuk saya pada sem ni dan sem yg akan datang supaya dipermudahkan dlm menuntut ilmu ni

didunia n akhirat ek.amiiiiiiin....


sekarang ni saya tgh cuti midterm selama seminggu je dr 30hb-7 hb 2 je..ari ahd lps, ana p

melawat adik ana kat kem plkn bidor, perak naik keta alza dgn ibu, ayah,abg n kakak.seronok

tgk adik saya, bersemangat.heheheheh...wirawati shah alam la katakan..first time dpt tgk adik

kat kem plkn.seronok tgk tmpt die tapi mcm ada kat dlm asrama pulak.peraturan die ketat la

juga. tapi bgos la kan utk bdk2 tu biar berdisiplin sikit.hehehehee..tapi yg sedih ye x dapat borak

gan adik lama2 huhuhu pape pun rindu kat die sangat2...

okla, tu je nak cita. akhir kata, nak nasihat sikit..kita perlulah bersyukur dgn segala nikmat yg

Allah kurnia pada kita secra langsung mahu pun secra x langsung..setiap

detik, saat n tempat jgn kita sekali-kali lupakan allah sama ada senang atau susah keadaan ye.

igat segalanya adlah ujian dr Allah utk mengukur iman kita n untuk mematangkan diri kita

sendiri actually..contohnya, kita jgn la membandingkan diri kita dgn org yg lebih 'up' dr kita

TAPI kita tgk pada org yg lebih 'kurang' dari kita.baru btol n dgn itu kita akan senantiasa

bersyukur kpdNya. btol x??? wasalam