CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 1 Disember 2009

Keupayaan Menahan Marah, Sabar Ukuran Kekuatan Sebenar

salam semua...tgh rajin nak letak post baru ni. salah 1 hadis di dlm hadis 40 ada menyatakan

bahawa " Jangan Marah, Bagimu Syurga". ada dlm satu kata-kata ni ada menyebut bahawa org

yg kuat bukanlah org yg mengangkat besi (angkat berat), Tetapi org yg kuat adalah org yg

mampu menahan marah..wow....menarik sekali kn kata-katanya sbb terselit makna yg

mendalam sekali secara tersurat n tersirat.


kawan-kawan saya selalu ckp yg saya ni terlalu sabar especially time ada org buat saya

marah padahal bila saya pikir-pikir balik, saya rasa saya ni biasa je..emmmm, pape pon

Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan sifat ini di dlm diriku. Tapi kadang-kadang klo saya

marah, saya marah betol-betol org tu hehehe (padan muka org tu > gurau je)..

ok lah al-kisah ye adalah.............


Rasulullah s.a.w berjalan melalui sekumpulan penduduk yg sedang mengangkat batu dan ingin

melihat siapakah yg kuat di antara mereka. Nabi bertanya, “ Apakah batu itu? Jawab mereka,

ini batu keras. Maka sabda Nabi s.a.w, “ Mahukah saya beritahukan kpdmu yg lebih keras dari

itu (batu) ? jawab mereka, Ya Rasulullah.


Maka sabda Nabi, “ Orang yg bergaduh dgn kawannya sehingga berdendam, kemudian dapat

mengalahkn syaitannya dan dating kpd kawannya itu lalu mengajak damai dan baik dengannya.

Di dalam riwayat lain, Nabi s.a.w bertanya, “ Apakah kamu mengukur kekuatan dgn

mengangkat batu? Sukakah sy beritahukan kpdmu yg lebih kuat? Jawab mereka, “ Baiklah Ya

Rasulullah. Sabda Nabi, “ Ya itu org penuh marah lalu menahan marahnya dan sabar”.

Yahya bin Mu’adz berkata, “ Sesiapa yg mendoakan org yg menganiayanya, maka ia sudah

menyusahkan Nabi Muhammad s.a.w di tgh-tgh nabi yg lainnya dan menyenangkan iblis di tgh-

tgh syaitan dan org kafir. Dan siapa yg memaafkan org yg zalim, maka ia menyedihkan kpd iblis

di tgh-tgh org kafir dan syaitan dan menyenangkan Nabi Muhammad s.a.w di tgh-tgh golongan

nabi dan orang solihin.



( Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin)




jadi, banyak-banyakkan lah semai sifat sabar dlm diri kita ni especially bila kita MARAH kat

seseorg. mudah-mudahan kita akan dapat ganjaran Allah yg telah dijanjikan untuk kita

sebagai hambaNya.Amiiiiiinnnnn

wasalam...salam ukhuwah semua