CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 30 November 2009

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat


Assalamualaikum semua..hari ni tjok post berkait dgn '

'aurat'..first, nak ucapkan syukran jazillan kpd kwn saya,

nasihah sbb die yg bg artikel ni kat sy melalui email. sje

nak kongsi kat semua org supaya kita lebih sedar n lebih

amek berat tentang aurat kita ni. klo nak bezakan aurat

banin n banat, mmg la aurat banat lebih byk tok dijaga

berbanding banin.senang je dorang kan..TAPI kita perlu

INGAT!! bahawa perempuan ni walau susah sikit dlm bab

aurat ni yg perlu dijaga, TAPI kita lebih banyak

kelebihan berbanding lelaki..betol x?? jgn marah kpd semua anak adam. sbb saya da terbaca dlm

sebuah buku ni yg mungkin kita akan rasa sangat bahawa wanita ini terlalu istimewa. tapi secara

kesimpulan ye, lelaki atau perempuan sama-sama mempunyai keistimewaannya masing masing.


Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber`T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan

bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa


yang disebut `juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka,


tidak tertutup oleh pakaian/baju.


Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk


juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang


memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.


Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu


apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti


wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan


sebagainya.



Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan


perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian,


melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa


terzahir itu serta ukurannya.


Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir


itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin


wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak


tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, `Atha', Auza'i


dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai


perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan


adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku,


masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.


Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai


oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta


kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai


kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah,


adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk


menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga


meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau


perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan


fitnah.


"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)


Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam.


Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras


membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan


telinga (anting-anting) , perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan


dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada


laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah


untuk dinampakkan.


Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai


pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian


yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah,


seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang


membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);


(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan


maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta.


Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau


syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi


pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan


telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti


kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


`Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut


orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.


Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang


kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon


kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini


Larangan Nipis


Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah


Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan


mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut


diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak


tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang


membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada


selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal.


(Al-Halal Wal Haram Fil Islam)


KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.


Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)


(Riwayat Al-`Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no


41245) .


Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya


sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW


memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai


respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah


al-Husyani, 3/ 252, no 1831)


Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di


sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam


ilmu Usul Fiqh.


KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-


manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada


dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas


dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. .kita tidak tahu dimanakah mata


lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai


nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.


Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah


dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit."


(al-Ahzab: 32)




Sabtu, 28 November 2009

SeMalaM



Assalamualaikum semua..n selamat malam...rse ye x late lagi kot nak ucapkan selamat hari raya

aidiladha(tingat kat pemain bolasepak n.9 yg kembar tu) kpd semua umat Islam di seluruh

Malaysia n Dunia..hehehe

Saya memilih tjok post ni sbb nak cita bbrpa perkara..hari semalam yg bertarikh 27 november 2009,

First, gembira n seronok dpt smbut rye kat Puchong umah kampung sebelah ibu..n dpt p umah

mak cik sekali Tapi yg boring ye xdpt p tgk org sembelih korban.huhuhuh

Second, berita yg menyayat hati iaitu kwn adik ana kat sekolah Hira dlu, ayahnya telah

meninggal dunia time maghrib.sedih ye..kecian kwn adik ana tu dah le tgh amek SPM. pape pon

kita doakan moga ayahnya tergolong di kalangan org yg Beriman. Amiiiiin Insyaallah.

Third, kata-kata pujangga ye " Kita akan Menghargainya JiKa Kita Kehilangannya".. sesapa yg

tgk cita ni tau la kata-kata ni dipetik di dlm cerita cerekerama yg bertajuk 'Taubat Nasuha'

Cita ni sedih sgt ending ye. Ana suka sangat cerita yg diterbitkan n yg diarah oleh pasangan

sweet couple iaitu pelakon Sheila Rusly n husband ye, Jinggo..Bukan ape, cerita yg didramakan

semua ye berunsurkn islamik n mesti ada je pengajaran yg kita boleh amek n igat n jadikan

sebagai panduan n pengajaran dlm hidup kita di masa sekarang n akan datang..so, betul la

kata-kata pujangga tersebut...Setiap manusia di dunia ni mesti akan melalui pahit manis dlm

kehidupankan. seseorg akan betol2 menghargainya apabila org yg kita sayang tu akan

meninggalkan kita buat selamanya..so, sentiasalah hargai apa-apa sahaja nikmat yg kita capai di

dunia ni dan jagalah n hargailah dgn sebaiknya..n Remember!!!mungkin kita tidak akan bersama

ye lagi pada hari esok..jadi, beringatlah sebelum terlambat..wasalam

Isnin, 23 November 2009

Akal Elak Sikap Lalai Kebaikan


Assalamualaikum kpd semua yg sudi menjengah ke blog sy ini..esok hari rabu yg bertarikh 25

november 2009, pljr2 SPM akan menghadapi kertas peperiksaan Add Math..wow!! satu sbjek

yg amat mencabar..time ana dlu, agak seronok sbnr ye bljr sbjek add math ni lebih2 lagi

muallimah yg ajar ni pon sama nama dgn saya dlu.. tu yg mllmh tu selalu panggil ke dpn jwb

soalan kat papan putih. sbb senang ingat nama . perrrrr, kecut perut stiap kali kls add math

ada..so funny..pape pon rindu gak nak bljr blk add math n tringat kat mlmh yg mengajar tu.

nama mlmh tu muallimah afiqah taqiyah..mlmh, i mis uuuuu so much...


Al-kisah tjok post ari ni adalah:


Abul- Laits meriwayatkan dgn sanad drpd Ali Abi Talib yg mendgr Rasulullah s.a.w bersabda:

"Seharusnya seseorg yg berakal itu tidak tekun kecuali dlm 3 perkara, iaitu berusaha utk

keperluan hidup, beramal utk hari kemudian (akhirat) dan bersuka- suka yg tidak haram.

Juga berkata, " Seseorg harus dpt mempergunakn siang kpd 4 wktu, iaitu waktu utk

bewrmunajat kpd Allah, wktu utk memperbaiki diri, wktu utk mengajar ilmu dan melayani

kehidupan yg baik dan halal..


(Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin)

Sabtu, 21 November 2009

WaSiat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu kpd semua pengunjung blog saya yg sudi

menjengah sbntr pada blog saya yg x seberapa ni. moga-moga sy adalah insan yg terlepas drpd

sifat sombong dan takabur seperti yg tercatit dlm hadis di atas. Insyaallah. Aminn... sbnr ye tgh

agak rajin nak menulis post br ni sbb takut xda mase nak tulis post br nnt..tjuk hari ni adalah

"Wasiat Berguna Untuk Dapat Darjat Tinggi". Al-kisah ye adalah.........



Abu Darda’ ditanya, ‘Ajarkan kpdku bbrp kalimat yg berguna bgku. Abu Darda’ berkata: Saya berwasiat


kpdmu bbrp kalimat, sipa yg mengamalkan maka ia akan mendatngkan darjat yg tinggi sbg pahalanya: ‘Jangan


makan kecuali yg HALAL. Dan mintalah kpd Allah rezeki setiap hari. Dan anggaplah dirimu dr golongan org


mati. dan serahkan dirimu kpd Allah, maka siapa yg maki atau mengganggu kpdmu, maka katakana:


‘Kehormatanku sudah aku serahkan kpd Allah. Dan jika engkau berbuat kesalahan atau dosa maka segeralah


mohon ampun kpd Allah.


Ketika Rasulullah s.a.w patah gigi ketika perang Uhud, maka sahabat berkata kpdnya, ‘ Ya Rasulullah, andaikan


engkau berdoa kpd Allah terhadap org yg berbuat kpdmu sedemikian itu. Jawab Nabi, ‘ Sesungguhnya aku tidak


diutus untuk mengutuk, tetapi aku diutus utk berdakwah dan rahmat. Ya Allah berilah hidayah kpd kaumku


kerana mereka benar-benar belum mengetahui.



Rasulullah s.a.w bersabda, “ Siapa yg menahan lidahnya dari kehormatan kaum muslimin, maka Allah memaafkan


kesalahannya pada hari kiamat, dan siapa yg menahan marahnya, maka Allah akan menghindarkan dari


murkaNya pada hari kiamat.

(Sumber Abulaits Assamarqandi, Tanbihul Gahafilin)




moga kita sama-sama memahami dan dpt manfaat dr post ni ek...Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu yg Allah


janjikan kpd umatNYa pasti akan mendatngkan sesuatu ganjaran yg tiada nilainya kpd setiap umat yg betul


betul pandai menghargainya... peace no war. wasalam

Khamis, 19 November 2009

Diam Ketika Dimaki Lebih Mulia




salam...selamat mlm suma..skang kol 12.30 mlm...first sekali nak ucap mabruk alaik kepada

suma pelajar2 yg dpt kptsn yg cemerlang dlm UPSR 2009...gembira tgk dorang.seronok

sgt..tingat time dlu-dlu..tp result upsr xda la gempak sgt pon dr kwn2 ana yg lain..tahun ni adik

ana menghadapi exam yg besar iaitu SPM..bitaufik wannajah to my younger sister..ye eja

(aizzah) hehehe..nak kongsi satu cerita pada zaman nabi2 terdahulu ni. tajuk ye " Diam Ketika

Dimaki Lebih Mulia"...........cmni cerita ye



Ibn Ajlan drpd Said Almagburi drpd Abu Hurairah berkata :

' ada seorang memaki Abu Bakar As-Siddiq ketika Rasulullah duduk, maka Nabi s.a.w diam,

begitu juga Abu Bakar mendiamkan diri. Kemudian ketika org itu berhenti memaki dan diam,

Abu Bakar menjawab, maka segera Nabi s.a.w bangun dari tempatnya. Maka dikejar oleh Abu

Bakar sambil berkata, " Ya Rasulullah, dia memaki-maki saya dan engkau diam, ketika saya

jawab, tiba-tiba engkau bangun pergi.



Jawab Nabi s.a.w " Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian org itu kepadanya

ketika engkau diam dan ketika engkau menjawab kembali makian itu, maka pergilah malaikat

itu dan duduk syaitan, maka saya tidak suka duduk di tempat duduk bersama syaitan..


Kemudian Rasulullah bersabda " 3 macam semuanya hak. tiada seorang yg dianiaya lalu

memaafkannya kerana mengharap redha Allah melainkan pasti ditambah kemuliaan oleh Allah.


" Tiada seorang yg membukajln meminta-minta kerana ingin bertambah kekayaan, melainkan

ditambah kekurangan (kemiskinan) oleh Allah dan tiada seorang yg memberi sesuatu ikhlas

kerana Allah, melainkan ditambah banyak oleh Allah Taala."

(sumber Abullait Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin)




jadi ape yg kita dapat dr cerita ni atas??? jadi benarlah kata-kata yg berbunyi "Fastabikul

khairat au liyasmut' (Berkatalah Yang Benar Atau Diam)..

makna ye diam ye seseorng insan tu x bererti die seorang yg pemalu ke @pape laa...jadi org yg

diam tu sebenar ye ada kelebihan ye..tapi x bermakna org yg banyak cakap tu x baik..tapi

berpada-pada lah apabila bercakap...bak kata pujangga 'berfikirlah dahulu sblm kita ingin

bercakap @ meluahkan sesuatu...jadi, lebih baik kita seimbangkan diri kita mengikut keadaan

iaitu apabila perlu, kita bercakap dan apbila x perlu kita diam sahaja...kerana mungkin dgn kata

kata kita, akan mengeruhkan lagi keadaan atau menyakitkan hati seseorang insan tersebut...apa

apa pon ia bergantung kepada pendapat masing-masing...wallahualam

Jadi renung-renungkan dan selamat beramal..

Selasa, 17 November 2009

motivated ourself




salam...skrg pukul 11.30 mlm..xtau nak wat jd wat la post ni psal motivasi diri

(sambil dgr lagu cita 'indama tusbihu al-hubb')best....

kita sebagai insan memerlukan dorongan atau motivasi untuk lakukan sesuatu perkara.

klo pljr yg nak berjaya tentu perlukan motivasi for success.

klo pekerja, perlu motivasi tok wat kerja dgn lebih baik tmbhan kita wat kerja yg sama

je tiap hari n tentu bosan kadang2..ada bbrpa tips tok motivasi diri

1. rancangkan apa nak wat n tetapkan GOAL (matlamat)
2. smile always n sedekah
3. rehat n tido yg berkualiti
4. jgn menzalimi diri
5. bina persahabatan n kasih sayang
6. lakukan apa yg kita minat
7. penampilan yg menarik n kemas
8. kawal berat badan n jgn makan byk sgt
9. amalkan gaya hidup sihat (don't smoke)
10. relaks n tenangkan fikiran
11. wat pemeriksaan kesihatan
12. mandi tiap hari (nnt busuk hehehe)
13. jadi diri sendiri n bangga dgn kemampuan diri
14. jgn menunjuk-nunjuk @alim2 kucing
15. lakukan sesuatu seikhlas hati
16. yg paling UTAMA, BERDOA PADA ALLAH



so, klo xle nak wat suma tips ni wat sikit2 pon xpe..asalkan yg kita buat tu kita

istiqamah selalu..ingat ALLAH anytime ek...

Ahad, 15 November 2009

cinta oh cinta....


salam...selamat malam semua.. sje tgn ni nak menaip post baru..tgh

rajin la katakan...cinta??? ada apa dgn cinta ek?? ada org kata cinta ni

ibarat "kentut" makna ye ditahan sakit (perasaan) dilepas susah...pelik

pelik..kelakar pun ada..sebenar ye nak kongsi lirik-lirik nasyid je ni..

yg berkaitan dgn cinta...byk cinta yg ada di dunia ni..cinta kepada

Allah, manusia, alam, binatang dan mcm2...TAPI ingat!!!!apa-apa, cinta ALLAH diutamakan dlm

diri kita...ni antara lirik ye:



Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri Apa yang tiada sering dirisaukan Nikmat yang dikecap barukan terasa Bila hilang di dalam genggaman Apa yang diburu timbul rasa jemu Bila sudah di dalam genggaman Dunia ibarat air laut Diminum hanya menambah haus Nafsu bagaikan fatamorgana Indah di mata namun tiada Panas yang membahang disangka air Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang Dilihat ada ditangkap hilang Tuhan leraikanlah dunia Yang mendiam di dalam hatiku Kerana di situ tidak ku mampu Mengumpul dua cinta Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh




Sandaran Cinta


Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia




Inikah Ertinya Cinta

Inikah ertinya cinta hadir tanpa diminta
Hati ini menerima tapi dibatasi cinta
Inikah ertinya cinta hadir tanpa diminta
Hati ini menerima tapi dibatasi cipta

Ha.. ha.. ha.. ho... (cinta)
Ha.. ha.. ha.. ho... (hadir tanpa diminta)

Sinar wajahnya bercahaya diriku terpesona
Namun aku masih mencari cinta Yang Esa

"Cintailah cinta di hati kerana itulah cinta yang hakiki
yang hakiki.. yang hakiki...."

Inikah ertinya cinta hadir tanpa diminta
Hati ini menerima tapi dibatasi cinta
Inikah ertinya cinta hadir tanpa diminta
Hati ini menerima tapi dibatasi cipta

Ha.. ha.. ha.. ho... (cinta)
Ha.. ha.. ha.. ho... (hadir tanpa diminta)

Pohon Tuhan Ku mendamba cinta dan rahmat dari-Mu
Ku pohon cinta insan yang mencintai-Mu
Bimbinglah daku mengenali arti cinta suci
Moga dapat kukecapi kasih yang sejati

Inikah ertinya cinta hadir tanpa diminta
Hati ini menerima tapi dibatasi cita
Inikah ertinya cinta hadir tanpa diminta
Hati ini menerima tapi dibatasi cipta




ok sje je nak kongsi lirik nasyid ni ana suka dengar lagu ye...pape pon Allah is still no. 1 in our

heart...peace no war









Jumaat, 13 November 2009

jihad dunia

salam...arini baru berkesempatan nak update blog... da lama gak x update sbb xda kemudahan

tenet n mcm-mcm...ramai gak kwn-kwn sy yg agak 'baik' igatkn ana tok update blog ni hehehe

jgn marah..nak kongsi la sikit psal kepayahan sy menghadapi satu jihad....jihad?????

bukan jihad p perang, tapi jihad menghadapi final exam..2minggu lps..ni pun tgh cuti sem selama

sebulan..sem 3 yg ana hadapi agak susah cmpur senang sbb byk bljr psal law..nama pun syariah

law kan..subjek yg saya amek ada 7 subjek:
  • undang-undang tort (dpt merase jd lwyer tok solve any cases)
  • undang-undang kontrak (dpt tahu cmne nak wat kontrak gan org lain)
  • metodologi penyelidikan (dpt tahu tok wat tesis@proposal sem akan datang)
  • pengajian malaysia (meningatkn daku study sejarah time sek. menengah)
  • undang-undang perlembangaan (dpt bljr psal undang yg dikuatkuasa kat malysia)
  • pentadbiran undang2 islam di malaysia (dpt tahu psal awalan undang2 islam dikuatkuasa)
  • sistem kehakiman islam (dpt tahu cmne nak jadi hakim...teror x)

suma subjek ni ada yg bljr dlm english,arabic n malay...seronok sbenar ye bljr ni kan.....

tapi tok org yg btol2 merasai nikmat bljr jela yg rse seronok...wlaupon biasala agak capek badan,

otak, kepala n mcm2 penyakit la yg timbul..bagi sy ia adalah 1 jihad yg amat besar dlm hidup sy

sekarang..insyaallah, saya akan bljr bersungguh2 tok cpai cita2 sy pada masa akan datang..tapi

INGAT bukan just bljr je tapi AMALKAN!!! tok peringatan pada semua n diriku jua...