CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 22 Mei 2009

kewajipan menutup aurat

suami turut berdosa jika iarkan anak isteri dedah aurat....ingat!!!!!!!

hukum menutup aurat

  • wajib >meninggalkn suruhan ALLAH adalah berdosa n trima azab seksaan yg pedih di akhirat kelak

dlm surah AL-AHZAB ayat 59 yg bermaksud :

"wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman supaya mereka melabuhkn pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar) cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sbgai perempuan yg baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"


kewajipan menutup aurat bukan semasa berada di luar rumah je tetapi ketika di dlm rumah pon kena jaga sekiranya terdapat lelaki @ perempuan yg bukan mahram ketika itu.

bagi lelaki pula, JANGAN ambil mudah tentang aurat ni. mereka kena jaga juga sama ada ketika bekerja,bersukan dan sebagainya..


batas aurat

lelaki > antara pusat hingga lutut

perempuan > seluruh tubuhnya kecuali muka dan 2tapak tgn

(rujuk dlm surah AN-NUR ayat 31)


kenapa wajib tutup aurat????

bila terbukanya aurat maka ia boleh mencambahkn dosa-dosa lain seperti zina,penceraian akibat curang,gejala sosial dan lain-lain.

ia juga kerana membezakn cara pemakaian muslimah berbeza dengan pemakaian org-org kafir...



ciri-ciri menutup aurat;-

  1. pakaian menutupi seluruh tubuh kecuali muka n tapak tgn
2. tudung mestilah labuh hingga melepasi@ menutupi dada

3. pakaian mestilah longgar n tidak terlalu ketat hingga nampak bentuk badan
(kalau nampak bentuk badan hukumnya HARAM)

4. tidak jarang @ nipis hingga nampak aurat dlm pakaiannya.
*ramai wanita bertudung tetapi tudungnya jarang hingga menampakkn tengkuk
telinga dan dada.

5. tidak terlalu singkat (melepasi paras pinggul)
*ada yg kononnya tahu malu, try tarik-tarik belakang baju sendatnya ke bwh setiap kali
bangun dr duduk kononnya nak cover belakang?????

6. tidak menyerupai pakaian lelaki @ perempuan hingga sukar utk ditentukn jantina mereka.

ada hadis bermaksud "Nabi s.a.w melaknat laki-laki yg mengenakn pakaian wanita
dan seorg wanita yg mengenakn pakaian laki-laki(riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

7. tidak menyerupai pakaian org kafir daripada kaum yahudi dan nasrani

Rasulullah s.a.w menegaskn "Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum itu maka akan
dibangkitkn nnt bersama kaum itu"

8. tidak berwangi-wangian

Rasulullah bersabda " Sesungguhnya seorg wanita yg memeakai wangi-wangian
kemudian melewati kaum lelaki bermaksud agar mereka mencium aromanya,
maka ia telah melakukn perbuatan ZINA (riwayat at-Tarmidzi)

9. bertudung tetapi menaik motor sambil menayangkn betis sepanjang jln

diriwayatkn dlm sebuah hadis " Allah sentiasa merahmati para wanita yg memakai seluar
panjang (sebelah dlmnya) (riwayat al-'uqayli,dar qutni dr abu hurairah)

menurut Imam Mujahid hadis ini berlaku satu ketika ada seorg wanita jatuh dr
kenderaannya hingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan
segera Nabi s.a.w memalingkn wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu)
memakai seluar. lalu sebagai respon Rasulullah s.a.w memuji dan menyebut hadis di atas.
(al-bayan wa at-ta'rif)



"Pada akhir umatku nnt akan ada wanita-wanita yg berpakaian namun hakikatnya
bertelanjang. rambut mereka dihiasi (seperti bonggol unta) Kutuklah mereka kerana
sebenarnya mereka adlah kaum wanita yg terkutuk. mereka tidak akan masuk syurga
dan tidak akan mencium baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dr perjalanan
sekian dan sekian" (HR Muslim)

Ibnu Abdil Barr berkata: Nabi bersabda ialah kaum wanita yg mengenakn pakaian yg
nipis, ketat, yg dpat mengambarkn bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau
menyembunyiknnya, mereka itu tetap berpakain tetapi HAKIKATNYA bertelanjang.
wlaupun bertudung tetapi auratnya masih terdedah....




p/s : semoga semua insani yg dikasihi akan sentiasa tampil dlm keadaan menutup aurat yg
berlandaskn syariat Allah dan Islam. Insyaallah kita merasa lebih yakin dan selamat dlm
keredhaan Allah s.w.t. Amiiiiiiiiiiinnn