Jumaat, 25 Mei 2012
kesibukan...
Subhanallah..
Alhamdulillah...
Allhuakhbar..
syukur,syukur dan syukur...
segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah
rasanya tak terhitung banyaknya nikmat, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita kn setakat ni?
tak kisahla hamba Dia tu individu yg macam mana, tetap Dia mengurnikan nikmat dan rezeki kepadanya..
Ya Allah!!Sesungguhnya Engkau Maha Besar,Maha Pemurah dan Maha Penyayang...
minggu ni adalah minggu-minggu terakhir sebelum menjelmanya final exam utk sem yg kedua ni..
rasa, masa tu mmg pantas sgt..
tak tahulah nak kata..
minggu yg ke-14 ni..
sepatutnya adalah minggu kita da relaks-relaks..
tapi berbeza utk saya..sebabnya
ini adalah minggu yg teramatlah sibuk..
isnin>appoinment dgn JAWi n present english
selasa>present fiqh muamalt jinayat
rabu>present pembangunan diri n cesmed
khamis>present undang2 perlembagaan pentadbiran
jumaat>kelas2 ganti
dan tiap2 hari tu akan disibukan juga utk menyiapkan assigment..waduh2 gawat..
tapi apa- pun kena stay cool n relaks..
Ya Allah,permudahkan hambaMu ini...
utk semua,mohon doa daripada kalian semua yer..
moga2 saya akan beroleh kjyaan yg cemerlang dalam final exam pada semestar ini yer..insyaAllah
moga akan menaik2 lah pointer sem 2 ini daripada sem 1..amin,insyaAllah
Jumaat, 23 Mac 2012
22032004

assalamualaikum sahabat semua..
tjok post hari ni adalah antara tarikh terpenting buat semua umat Islam..
rasanya ada yg tahu dan tidak..
bagi yg masih ingat,alhamdulillah,bagi yg tidak,ia adalah sebagai pertambahan ilmu baru buat
diri kita..pejuang ni adalah seorang yg amat saya kagum dan admire walaupun sy ni xlah begitu
arif tentang dirinya..pejuang ni adalah salah seorang insan yang amat saya
kagum!kagum!kagum!!Ya Allah,hambamu ini mengharap agar biarlah diri ini mati syahid dlm
memprjuangkanagamaMU bukan yg sebaliknya..amin,insyaAllah.
beliau adalah:=
1938- 2004
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti ? aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.
Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah ? khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.
Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.
Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ?al-Mujahidun al-Filastiniyun? pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ?Kataib Syuyukh? yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara ? Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan ? rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama ?Atfal Hijarah? (Kanak ? kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan ? tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi ? operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando ? komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera ? tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.
Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar ? Bandar, membunuh orang ? orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang ? pejuang Palestin dan pemimpin ? pemimpin mereka.
Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet ? jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.
Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya..
Rabu, 25 Januari 2012
2012
asifah semua, baru berkesempatan nak buat entry baru..dan baru rasa terajin sikit..hehehe
just nak post yg simple2 je..
ni salah satu nasyid kegemaran saya..sebagai 1 semangat.. baru melanjutkan pelajaran dalam
degree di UKM dalam bidang syariah pengkhususan syariah perbandingan..skrg tgh cuti sem
selama sebulan..rasa kejap je masa berlalu..kalau ikutkan hati ni,nak je kongsi cerita2 yg
menarik tapi tgh x rajin lagi jari ni, so sambung nnt yek..insyaAllah..doakn kejayaan saya ok
supaya dapat mengenggam ijazah sarjana muda dengan kelulusan yg cemerlang
insyaAllah ,amin..ni ada rasa debor, tak tahu la mcm mne dgn result sem 1 ni..mohon doa kalian
semua..
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
Sabtu, 17 Disember 2011
PeSanAn Imam SyaFie

Assalamualaikum...renung-renungkanlah pesanan daripada Imam SyaFie ini kepada kita :
Sabtu, 19 November 2011

BRITAIN
Katie Piper adalah model dan pengacara televisyen popular Britain, menderita selepas wajahnya melecur teruk disimbah asid oleh bekas kekasihnya pada Mac 2008. Ketika kejadian, Piper berada di sebuah kafe siber apabila tiba-tiba seorang lelaki meluru mencurahkan secawan asid ke tubuhnya. Piper turut dirogol dan diseksa lelaki yang hanya dikenali dua minggu sebelum serangan. Selain cacat dan parut, mata kiri Piper turut buta. Kisahnya mendapat liputan meluas media dan menjadikannya selebriti selepas nasibnya dijadikan dokumentari. Piper turut menjadi hos program ‘My Beautiful Friends’ yang ditayangkan di Channel 4 dan disiarkan pada Mac lalu. Dokumentari "Katie: My Beautiful Face" pula tercalon sebagai Dokumentari Terbaik Anugerah BAFTA manakala bukunya Beautiful turut mendapat sambutan ramai. Selain muncul di kaca televisyen, Katie juga terbabit dalam kerja-kerja amal membantu mereka yang senasib dengannya melalui sebuah pertubuhan dikenali sebagai Yayasan Katie Piper. Banyak anugerah diterimanya dari seluruh dunia termasuk Anugerah Wanita Inspirasi, Anugerah Galakan bagi Pride of Andover Awards pada Oktober 2010 dan sebelum itu pada 6 Oktober tahun yang sama menerima anugerah pilihan ramai sebagai "Women to Watch: Inspiration" Anugerah Wanita Terhangat Majalah Red.
AMERIKA SYARIKAT
Pada 1965, wartawan dan ahli kesatuan sekerja, Victor Riesel disimbah asid ketika meninggalkan sebuah restoran. Serangan itu dipercayai dilakukan mereka yang berang pendedahannya mengenai rasuah Presiden Kesatuan Sekerja Jurutera Operasi, William C DeKoning Jr. Akibat serangan itu Riesel buta dan kesan parut jelas kelihatan di dagu dan pipi sebelah kirinya. Namun, selepas itu Riesel menjadi semakin popular dan sering menjadi tetamu undangan untuk rancangan bual bicara di kaca televisyen dan radio menceritakan pengalamannya. Kejadian serangan itu sedikit pun tidak melemahkan beliau untuk terus bertugas sebagai wartawan, malah beliau diberikan kolum khas dalam akhbar.
PAKISTAN
Saira Liaqat, 26, melecur teruk di muka selepas disimbah asid oleh suaminya sendiri yang dikahwininya ketika beliau berusia 15 tahun. Kejadian berlaku kerana suami yang juga saudara keluarganya itu tidak berpuashati kerana Saira enggan tinggal bersamanya walaupun sudah bernikah. Saira dan keluarga suaminya sebelum bernikah bersetuju yang beliau akan tinggal dengan suaminya selepas menamatkan pengajiannya. Saira sudah menjalani sembilan pembedahan plastik bagi membetulkan wajahnya, namun sehingga hari ini parut itu tetap kelihatan.
KEMBOJA
Srey Ya buta selepas diserang simbahan asid ketika beliau bekerja di sebuah kelab malam ketika berusia 21 tahun. Beliau buta dan mukanya melecur teruk. Srey Ya meneruskan kehidupannya dan berkahwin dengan suaminya yang buta. Mereka mengendalikan pusat urut yang pekerjanya orang buta. Selain kes Srey Ya, kes simbahan asid paling tragik di sini turut membabitkan aktres Tet Marina, yang berusia 16 tahun pada 1999. Tet yang menjadi perempuan simpanan seorang ahli politik tempatan diserang oleh isteri lelaki itu.
HONG KONG
Kira-kira 30 orang awam cedera dalam satu kejadian serangan asid apabila botol asid dibaling dari sebuah bangunan di sebuah pasar malam sibuk di Temple Street, pada Januari 2010. Sejak akhir 2008, ada sekurang-kurangnya enam serangan asid di beberapa daerah beli belah di Hong Kong menyebabkan lebih 100 orang cedera.
BANGLADESH
Pada 2009, Khodeza Begum disimbah asid ketika tidur di rumah buruknya di Satkhira, Bangladesh. Mengimbau kejadian berlaku pada satu malam di musim dingin lapan tahun lalu, Khodeza berkata, kejadian itu turut terkena anak perempuannya yang tidur di sebelahnya. Berusia 30 tahun, Khodeza terpaksa menerima kenyataan bahawa sebahagian daripada wajahnya kekal berparut dan terpaksa dilindungi di bawah tudungnya. Walaupun dipaksa menanggung kecacatan seumur hidup, nasib Khodeza tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Tidak diketahui punca beliau diserang, Khodeza benasib baik kerana beliau tidak ditinggalkan suaminya walaupun mukanya cacat. Pada 2003 di Dhaka, seorang bayi berusia 18 hari, Sonali Islam turut menjadi mangsa serangan asid menyebabkan beliau buta dan separuh telinga dan melecur teruk di kepala. Bapanya Nur Islam turut melecur di muka, tangan, badan dan bahu. Motif serangan itu hanyalah perbalahan mengenai tanaman buluh Nur islam dan jiran sekampungnya.
INDIA
Di Delhi, Februari 2006, Renu disimbah asid ketika beliau sedang memandikan kerbaunya. Akibat serangan itu beliau menjadi buta dan melecur teruk di muka dan kepala. Beliau yang menjadi ibu kepada empat adiknya selepas kematian ibu mereka kini terpaksa mengharapkan belas kasihan adiknya untuk menjadi kehidupan.
KANADA
Kisah di Kanada ini berbeza dengan mangsa serangan asid lain kerana wanita yang dikenali sebagai Bethany Storro yang mendakwa disimbah asid oleh penyerang tidak dikenali sebenarnya menyimbah asid itu sendiri ke mukanya. Tidak diketahui sebab beliau berbuat demikian tetapi dipercayai Storro sengaja mencari publisiti untuk hidup senang. Selepas dikatakan disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, berita mengenai kejadian itu mendapati simpati ramai malah, Storro menerima berpuluh ribu dolar dalam akaunnya. Beberapa agensi berita juga termasuk Rancangan Bual Bicara Oprah mahu menjemputnya berkongsi pengalaman. Namun, semua itu tidak menjadi apabila kisah penipuan Storro didedahkan polis dan beliau akhirnya mengembalikan semula wang sumbangan itu.
AFRIKA SELATAN
Pada 8 September lalu, wanita Zimbabwe mahu dikenali sebagai Susan cedera teruk di muka selepas disimbah asid ketika menaiki teksi di Sea Point, Johannesburg. Serangan dipercayai disebabkan kebencian terhadap orang asing atau sindrom ‘xenofobik’. Kini, Susan selesai menjalani pembedahan di wajahnya. Akibat serangan itu, Susan kehilangan penglihatan sebelah mata kanan, melecur teruk di seluruh muka dan bibir.
JEPUN
Penyanyi dan pelakon terkenal Jepun zaman 50-an dikenali sebagai Hibari Misora disimbah asid ketika mengadakan satu persembahan di Panggung Antarabangsa Asakusa pada Januari 1957. Penyerangnya dipercayai peminat fanatik beliau, namun aktres ini bernasib baik kerana kesan melecur itu tidak teruk dan meninggalkan parut di wajahnya. Aktres ini meninggal dunia pada 1989 kerana pneumonia dalam usia 52 tahun.
Tujuh Keajaiban Baru Dunia

Tujuh Keajaiban Baru Dunia
Hutan Hujan Amazon, Brazil
Lembangan itu juga adalah yang terbesar di dunia dan paling bernilai di muka bumi.
Teluk Hualong, Vietnam
Teluk ini meliputi kawasan seluas 1.553 kilometer persegi termasuk 1,960 hingga 2,000 pulau kecil, yang kebanyakannya adalah batu kapur. Daratan teluk adalah 334 kilometer persegi dengan kepadatan 775 pulau kecil. Di percayai usia batu kapur di teluk ini menjangkaui 500 juta tahun. Evolusi batu kapur di teluk ini mengambil masa 20 juta tahun kesan perubahan iklim tropika. Terdapat
14 spesies bunga dan 60 spesies fauna.
Air Terjun Iguaz, sempadan Argentina-Brazil
Pulau Jeju, Korea Selatan
Taman Negara Komodo, Indonesia
Sungai Bawah Tanah, Puerto Princesa
Table Mountain, Afrika Selatan
INFO: Yayasan New 7 Wonders of Natur
Sabtu, 15 Oktober 2011
‘Girls Not Brides
Yaman
Kes menimpa Ilham al-Ashi, 13, begitu meruntun hati. Pengantin muda ini mati pada April 2010 akibat penderaan seks oleh suaminya berusia 24 tahun. Ilham mati lima hari selepas berkahwin dengan Abed al-Hekmi. Laporan perubatan hospital di Hajja, Yaman menunjukkan mangsa mati akibat kecederaan teruk pada kemaluannya.
Dalam kes berasingan pada 2008, Salleh Nujood Ali menjadi perhatian dunia apabila dia yang berusia 10 tahun ketika itu melarikan diri dari rumah dan memfailkan perceraian di mahkamah. Nujood dipaksa bapanya berkahwin dengan seorang lelaki berusia 30-an.
Poster gadis sunti itu kemudian menjadi antara 10 paling popular di dunia, malah buku mengenainya bertajuk I Am Nujood, 10 Years and Divorced sudah diterjemahkan ke dalam 30 bahasa. Dia kini kembali ke pangkuan keluarga dan menyambung persekolahan.
Habsyah
"Saya mahu belajar, tapi ibu bapa nekad mengahwinkan saya," kata Himanot Yehewala, gadis Ethiopia yang berkahwin lima tahun lalu pada usia 13 tahun. Dia pernah cuba melarikan diri tetapi diugut ibunya yang memaklumkan akan membunuh diri jika anaknya enggan berkahwin.
“Saya masih tak matang dari segi fizikal atau emosi, tak bersedia untuk tidur dengan suami yang jauh lebih tua,” tambah Himanot yang dikahwinkan dengan Gedefaw Mengistu, 18, walaupun mereka langsung tidak pernah bertemu sebelum hari perkahwinan.
Gedefaw sedar isterinya terlalu muda, berkata: “Saya berada di Gred Lima (sekolah), tetapi bapa meninggal dunia dan saya terpaksa berhenti, kahwin dan jaga keluarga," katanya kepada BBC. Mereka tinggal di Amhara, Ethiopia - kawasan pertanian luar bandar yang miskin di mana separuh kanak-kanak perempuan berkahwin sebelum usia 15 tahun.
India
Perkahwinan kanak-kanak menyalahi undang-undang di India, namun ia masih berlaku dan biasanya upacara perkahwinan dilangsungkan pada awal pagi atau dinihari secara rahsia. Malah, seluruh kampung menyimpan rahsia berkenaan.
Di Rajasthan, seorang kanak-kanak perempuan lima tahun dikenali sebagai Rajani dikahwinkan ibu bapanya sama seperti yang berlaku kepada adik beradik perempuannya yang lain. Rajani yang masih kecil tertidur sebelum majlis perkahwinan bermula.
Dia diangkat bapa saudaranya dari katil bayi untuk menjalani upacara perkahwinan di bawah cahaya bulan. Rajani dikahwinkan dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Mengikut adat, pengantin kanak-kanak itu akan terus tinggal dengan keluarga masing-masing sehingga dewasa, namun tiada jaminan adat itu dipatuhi.
INFO
Perkahwinan budak di seluruh dunia
- Setiap tiga saat, seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun dilaporkan dipaksa berkahwin, kebanyakannya di Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan.
- Menurut UNICEF, amalan perkahwinan awal ini menjejaskan satu pertiga kanak-kanak perempuan dan sekelompok kanak-kanak lelaki terutama di negara membangun. Ia menggambarkan perkahwinan kanak-kanak sebagai `satu bentuk paling lazim dalam penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak perempuan’.
- Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-Kanak menyatakan 18 tahun umur minimum untuk berkahwin.
- Aktivis merumuskan perkahwinan usia muda melanggar hak asasi kanak-kanak kerana mereka terlalu muda untuk memberi persetujuan secara bebas dan penuh. Ia termaktub dalam Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
- Di kebanyakan negara membangun, amalan ini salah di sisi undang-undang tetapi undang-undang itu sering tidak dikuatkuasakan kerana tuntutan adat dan agama masih kuat diamalkan.
- Pengantin perempuan berusia bawah 15 tahun berisiko lima kali ganda mati ketika mengandung atau melahirkan anak berbanding wanita yang berkahwin pada usia 20-an.
- Gadis bawah 18 tahun lebih cenderung mengalami masalah fistula obstetrik yang menyebabkan lemah kawalan kencing yang teruk, berlaku semasa bersalin apabila terbentuk satu lubang di antara faraj dan pundi kencing atau rektum.
- Pengantin muda lebih cenderung dijangkiti HIV melalui suami lebih tua. Kajian di Kenya dan Zambia oleh penyelidik Universiti Chicago mendapati 75 peratus gadis 15 hingga 19 tahun dijangkiti HIV kerana berkahwin muda.
- Pengantin perempuan lebih cenderung dipukul atau dirogol suami sendiri.
- Bayi dilahirkan pengantin kanak-kanak, 60 peratus berisiko mati ketika dilahirkan kerana tidak cukup bulan.
- Pengantin kanak-kanak jarang dibenarkan ke sekolah, terpaksa membesarkan anak dan menjalankan kerja domestik untuk keluarga.
- Gadis dari keluarga miskin dua kali ganda mungkin dikahwinkan keluarga sebelum berusia 18 tahun berbanding kanak-kanak perempuan dari keluarga kaya.
- Bilangan perkahwinan kanak-kanak meningkat semasa konflik atau bencana alam.
- Sesetengah keluarga menggunakan perkahwinan untuk membina dan mengukuhkan pakatan, mengelak tawaran harta, menyelesaikan pertikaian atau membayar hutang.
(Sumber: Pusat Penyelidikan Wanita Antarabangsa, Persekutuan Perancang Keluarga Antarabangsa Rancangan UK, UNICEF)
Ahad, 2 Oktober 2011
yum...yum..delicious!!!

Assalam...terpegun baca entry kat paper..so msk kan dlm new post...=)
Juadah serangga serata dunia
Ghana
Ketika musim hujan, sejenis anai-anai bersayap digoreng, dipanggang atau dijadikan sebahagian ramuan pembuatan roti.
Afrika Selatan
Serangga dimakan dengan bubur jagung, sesetengah ulat larva dan cengkerik menjadi ramuan dalam pembuatan roti.
Croatia
Sebuah restoran mesra alam, menjadikan cacing tanah sebagai bahan utama dalam menunya. Restoran terletak di wilayah Zadar itu mendakwa cacing itu mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak menjadikan makanan lebih bernutrisi. Antara sajian yang ditawarkan termasuk sup diperkayakan dengan cacing, cacing goreng dan kek keju cacing.
China
Kebanyakan serangga atau makanan eksotik lain digunakan sebagai ubat alternatif yang dikaitkan dengan kesuburan dan tenaga batin. Namun, cengkerik goreng banyak dijual sebagai snek di pasar malam dan gerai kaki lima kerana rasanya seperti udang bakar.
Jepun
Larva lalat akuatik ditumis bersama gula dan kicap manakala belalang dimasak bersama buah pala, dikenali sebagai inago, dijadikan snek koktail kegemaran ramai. Sementara itu, warga tua kawasan tanah tinggi Jepun percaya menikmati keropok tebuan dapat memanjang usia mereka.
Bali, Indonesia
Pepatung direbus di dalam santan dengan halia dan bawang putih sebagai makanan istimewa di Bali.
New Guinea dan Australia
Ulat pokok menjadi hidangan istimewa di New Guinea dan makanan kegemaran orang asli Australia.
Amerika Selatan
Masyarakat India di Amerika Latin menggemari riang-riang dan labah-labah Tarantula panggang manakala semut menjadi bahan untuk makanan tradisional mereka. Satu lagi makanan kegemaran ramai adalah cacing AGAVE dimakan bersama roti tortilla dan di Mexico ia diletakkan dalam minuman keras.
Britain
Sebuah restoran terkemuka Selfridges, Fortnum & Mason menyajikan serangga seperti lebah, cengkerik dan kumbang kini sebagai makanan ringan. Malah selebriti Heston Blumenthal menjadikan serangga sebagai bahan dalam masakan gaya Victoria.
New Zealand
Masyarakat orang asli Maori makan ulat larva yang dipanggang atau digoreng dan rasanya dikatakan menyamai ayam masak bersama keju
Amerika Syarikat
Sebuah restoran di Bristol dikenali sebagai Zulu Restoran menjadikan cengkerik dan lebah sebagai menu untuk kudapan. ada satu persatuan dikenali sebagai Bay Area Bug Eating Society, (BABES) yang mempromosikan makanan berasaskan serangga. Selain menggalakkan orang ramai makan serangga, persatuan ini menyediakan pelbagai resipi juadah yang berasaskan serangga seperti sandwich riang-riang, sup anak lebah dan spaghetti bersama ulat. Persatauan ini turut menerbitkan buku dan VCD cara meamsak serangga.
Vietnam, Kemboja dan Thailand
Belalang, labah-labah Tarantula, cengkerik, lipas dan kala jengking, menu biasa boleh dijumpa di kaki lima. Biasanya serangga itu digoreng sama ada dengan tepung, goreng cili, masak halia, disira dengan gula, cili atau madu. Menjadi kudapan dan makanan ringan yang boleh diperoleh setiap hari
So,what u thinking??mcm2 da zaman sekarang ni kn..tp yg PENTING..Yg HALAL MESTI Ada..
Isnin, 8 Ogos 2011
hari ini dalam sejarah...
ni pun just nak mengisi post.
nak cerita je...hari ni dalam sejarah tapi bukan tarikh hari ni lah..perkara ni brlaku dalam bulan
julai,tengah bulan la..yg sejarah ye hri tu diterima berkerja kat 1 taska dekat dgn uma..nak try la
keje sementara masih bercuti..masa tu x pikir ape da,asal kerja sudah..ape lagi,try jela keje taska
walaupun xada pengalaman..yg kelakar ye, saya bekerja kat taska tu dalam 2 hari je..bukan
memilih nak kerja bagus-bagus atau mengada-gada, tapi hari first kerja tula baru la terasa
dan terpikir yg kudrat tangan kanan saya tak berupaya nak dukung bayi2..kalau sekejap xpe
tapi kalau baby yg meragam, kita kenalah dukung baby tu lama2 so kudrat tangan sy xla
berkemampuan..ingat x sy pernah cerita tentang sejarah tangan saya dalam post yg dulu-dulu?
so itulah sebab2 nya..so lepas ni, memang xdalah dalam choices nak kerja kat mana2 taska lagi..
sedih2..walaupun 2 hari je dpt kerja kat citu,tapi terasa rindu bangat dgn bdk2 kat situ.dengan
telatah dorangnya..tapi xpela..dah ketentuan..apa2 pun syukur alhamdulillah..ada hikmahnya..
bak kata pepatah "beringat sebelum terkena"..takut2..kena jaga betul2 tangan ni..=)
Isnin, 30 Mei 2011
berakhir sudah....
hari ini, bakal berakhir sudah bulan mei...bulan yg paling bermakna dalam
hidupku..hehehe...why??
first....sebab 18mei adalah tarikh aku dilahirkan...
second....sebab abangku juga dilahirkan iaitu tanggal 21 mei...
third....sebab menyambut hari ibu...to ibuku, tumiyati moin>i love u so much....
tu lah hari2 yg paling bermakna dlm idopku dlm bln mei ni..klo yg peristiwa2 lain macam:
first...menyambut hari guru...slmt ari guru kpd semua guruku yg pernah mengajarku ketika di
tadika al-Hidayah, sek. rendah Islam hira,klang, sek. men. Islam hira,jeram, dan kolej Islam
pahang Sultan Ahmad Shah..setakat ni ajela tempat yg pernah mengasah minda dan fikiranku
dlm menuntut ilmu..lps ni,jeng3...tggu jela dpt tawaran di mana2...doakn utk saya ok!!
second...hari jururawat sedunia...mesti bangga kan sespe yg jd nurse..yela ada hari yg special tok
mereka...mereka dihargai..
third...baru tahu td sbb tgk tv td yg pada hari ini 31 mei adalah hari tanpa tembakau iaitu hari
tanpa merokok atau pape yg berkait dgnnya...
so,mcm2 prkara n peristiwa yg berlaku dlm bln mei ni..hehehe...lg 1, yg paling syo yer, kawanku,
suhada saad n pasangannya berkahwin...wah3...da maju kwn sy ni..mendahului sy..heheh...
dan juga kpd naqibahku, kak ummu habibah n pasangannya yg juga telah menamatkan zaman
bujang mereka...steady la kak...n juga arini besday kak naqibah sy ni...seronok2...doa sy utk
mereka moga kuat,cekal dlm menghadapi hari2 baru yg mereka tempuhi ni...da x single da
mereka...udah kawin ok!!!...moga beroleh anak2 yg soleh n solehah dan kekal bahagia sampai
akhirat...insyaAllah...lepas ni turn spe pulak ye???adakah sy???tunggu jela ye n sesama doakan
Sabtu, 7 Mei 2011
heppy mother day!!!

Jumaat, 21 Januari 2011
syabab dakwah.......

Assalamualaikum didahulukan....
asif jiddan sebab sy br perasan yg ni post yg pertama tok tahun baru ni...
ni yg dikatakan buzy.hehehe....xdalah...tapi serius..mmg xsedar n perasan...
Alhamdulillah, Allah memberikan ruang n masa utk diri,jari ni 'rajin' nak wat post ni...
nak kongsi sedikit pengisian yg sy dpt aritu (pogram AGM)...
apa itu syabab???
utk org yg da familiar dgr mesti tau kan...tapi utk org yg xberapa tahu@ tak ingat
syabab(bahasa arab) ni diklasifikasikan sebagai pemuda...kalau utk pemudi dipanggil fatayat
(teringat koku kat sek)...
kenapa pemuda?>dlm dakwah....
first> mampu menerima dan memberi ( ada kekuatan yg luar biasa)
second> sanggup berkorban dlm perkara utk jlan Allah atau bekerja utk agama (more time)
third>memikirkan umat lebih dr diri sendiri...faham dkwah dengan betul
Seruan dr Imam Hassan Al Banna " tentukanlah wahai pemuda, iman kamu, matlamat kamu
dan juga tujuan kamu..."
sifat-sifat syabab
a. hati yg bersih iaitu asas kpd iman kita
b. jiwa yg suci iaitu asas kpd ikhlasnya kita
c. keinginan yg kuat iaitu asas semangat kita
d. azam yg membara iaitu asa kepada usaha kita
Contoh-contoh pemuda yg kita boleh contohi dlm gerakan dkwah> Ashabul Kahfi, Mus'ab b
Umair, para sahabat-sahabat Nabi, Usamah b Zaid(panglima tentera)
dan ingatlah, ketika muda inilah kita mempunyai segala kudrat yg org lain tidak ada especially
time kita sudah berumur nnt..so kita kena memanfaatkan segala apa yg kita ada ni sebab suma
perkara dkwah yg kita buat ni akan memberikan kesan yg amat mendalam yg tidak dpt
dibayangkn nnt n tak dpt diungkapkan dengan kata-kata..saya ni bukanlah org yg hebat mana
pon tapi just memberi n berkongsi apa yg saya tahu dan sekadar berkongsi pndgn n pndpt.. dan
saya amat berharap kalian2 semuanya mendoakan utk diri kita sendiri n juga utk diri saya juga
agar terus melebarkan sayap n terus menerus mengerakkan ruang dakwah ni sampai bila-bila
(kekal di atas jalanNYA) walaupon perkara tu sekecil-kecilnya..kita mula dgn benda kecil dlu n
kalau dah betul2 sedia n kuat kita lebar n besarkan lagi ruang dkwah kita kpd masyrakt...kita
hanya mampu berusaha dan ingat Allah melihat usaha kita bukannya hasil kita....
P.E.M.UD.A adalah harapan umat seluruhnya dan Insyallah kita mampu untuk mengembalikan
semula kegemilangan Islam seperti kegemilangan Islam di zaman Rasulullah...Insyaallah,,,,kita
adalah P.E.N.E.R.A.J.U utk masa kini dan hadapan!!!! Allahuakhbar!!!!
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku
Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan
Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Selasa, 30 November 2010
nak pahala cara mudah tak??...
Sabtu, 27 November 2010
zaman sekarang....ape cerita?

Assalamualikum semua
pengunjung blogku
skrg tgh cuti sem..3minggu je>xpuas (2minggu da dok uma)
baru nak update sbb ari2 final exam n now,
rumah tgh renovate..
nak citer..
ari jumaat aritu, sy berpeluang la nak tgk org p solat jumaat yg diwajibkan utk para golongan
kaum ADAM ni..sy trpaksa ikot ayh sy sekali p solat jumaat tapi dok dlm keta jela..
segan gak dok dlm keta.yela org dok tgk n pikir> npe bdk ni dok dlm keta ni...
heheh nak wat gane sbb rumah da org renovate (org indon ada)..tkot dok sorang3..bahaya tau!!!
tgh bc khutbah kedua da, masih ada lg yg br nak pergi solat..setahu saya, khutbah adlh rukun
solat..so kenala dgr khutbah2..tgh melilau mata ni, adala sekmpln laki2 ni dok borak je (lepak)
kat ats motor..org MELAYU pulak tu..semesti yer agama ye mesti ISLAM kan..kwsn sekitar
msjd adlh rumah pangsapuri..so dorang dok lepak kat tgkat bwh sekali..tmpt parking motor..
yg pelik n kelakar..dok pakai bj melayu tapi dok lepak citu je, x p solat pon..
bersangka baik la dr awai, dok kata dlm ati, da solat nnt br nak p solat jumaat kot..
tgk2 x p pon..waduh3..poning terpikir manusia zaman skrg...mcm2 pe'el (kerenah)...
kalau bdk2 laki bolehla terima dek akai tapi ni da dikira 'taklif' da..so, no excuses!!!
ada yg merokok la..ada juga yg perasan sy dok tgk2 dorang..tapi ape dorang kesah kan..
ntah apela ek dorang rasa, pikir..ishhh, xpaham...
nak kata susah wat solat jumaat tu, x adalah..nak kata lama ,xdala lama sgt..sbb sy merasa
situasi tu..(just dgr khutbah 2 kali n solat je) tapi xtaula bg dorang..
solat jumaat sudah diambil ringan n ditinggalkan..cmne dgn solat 5 waktu mereka sehari smlm
tu pulak??? lu pikirla sendiri..TAPI arap2 masih la dilakukan..(jgn tingal2 tau!!)
agak2 yer mereka2 ni masih mengaku x mereka ni beragama ISLAM, kenal ALLAH n mengakui
Allah sentiasa melihat mereka anytime n anywhere..(dok pikir2 ni)..n adakah meraka masih
mengakui meraka adlh umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu umat yg terpilih???tepuk dada tyer
diri sendiri la kan..
tapi kan, kalau Nabi kita ni masih hidup lagi, mesti Baginda sedih kan tgk umat dia sekarang
kan..sedih yer!!!saya yg dok tgk ni pon sedih la gak pikirkan mereka2 ni...
tapi perlu diingat, mereka masih boleh lagi menghijrahkkan diri mereka menjadi baik..sesiapa
pon boleh berubah..asal usaha3...Insyaallah, jika Allah izinkan...=)
Khamis, 4 November 2010
HAppy ExAm.....

Assalamualaikum semua....akhirnya diberi keizinan nak up date> wireless xdpt n buzy la jugak..
sekrg, semua student sibuk n menyibuk nak stdy, final la katakan..time ni la saat2 yg ana suka
sgt sebab dpt tgh bnda yg kita xpenah tgk, bukan xpenah tgk lgsung..tapi pd ssat ni la kita dpt tgk
kebergtungan manusia kpd Penciptanya yg sebenar..rajin p masjid, wat
ibadah.berdoa.best3...sonok tgk suasana ni..tapi apakan daya, xkekal pon saat cmni..tapi tidak
pada insan2 yg masih beristiqamah kpdNYA..cuma nak ingat (peringatan pd dri sendri juga)
kita perlukn Allah pd setiap saat,masa, tempat..bukan nya sekadar di dlm kesusahan, dlm exam
je ke n ketika ditimpa malapetaka je> time tu barulah nak ingat Tuhan..Tuhan nak uji kita
sebenar2 nya..nak tgk hamba dia ni ingat Dia lagi atau tidak...
lagi 1 kita kena sentiasa bersangka baik kpd Allah pd semua perkara...contohnya, kita da usaha2,
tgk2 xdpt juga result yg gempak padahal da pulun habis ni smpai x tdo mlm sbb stdy..Berhati2..
kat cni kita kena sentiasa bersangka baik pd Allah..pikir positif, maybe Allah bg kita kejayaan
bukan time skrg ke, rezeki pd yg lain ke..Allah Maha Pemurah..
ok, all da best pd yg sedang atau akan atau yg da abes amik exam..bitaufik wannajjah fi kullihal..
doakan utk ana jugak dipermudhkan segala urusan n dpt result yg cmerlang..goodluck to all
my friends and also to my brother (amal)..miss u all!!!moga ketemu kembali...n moga kita
mendpt ilmu yg bermanfaat n dpt amalkn ilmu yg kita dpt smpai bila2...
Ahad, 10 Oktober 2010
DeMaM.....

Assalamualaikum...ucapan syukur ke atas hadrat Allah di atas sgala nikmat..n juga memberi
kesempatan kepada saya utk me'rajin'kan diri meng update blog ini...
Demam!!!Demam!!!saya sakit ke??oh no!!!! sekarg ni kan Malaysia tgh demam fenomena Maher
Zain...dahsyat2..saya pon minat sgt dgn semua lagu ye kerana semua berunsur ke arah
Ketuhanan n Kecintaan ( arah kebaikan)...
setakat yg saya pernah baca dlm paper aritu, abg Maher ni dulu seorang yg idup dlm
kelalaian..biasa la time remaja..nak enjoy menjoy je..x ingat dunia..
(petikan dari surat khabar)
"Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara
jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri.
Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk
terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan
ketagihan alkohol.
"Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan
dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing
dalam menjalani kehidupan yang fana ini,”
alhamdulillah, Tuhan hanya menguji Abg Maher ni dlm 3 tahun saja..cuba kalau diuji bertahun2
lama ye..kalau sampat ke pangkal jalan, alhamdulillah..tapi klo x sempat, nauzubillah...so syukur
sesgt kepada Allah yg masih sayangkan hambaNya..bolehlah dijadikan ikhtibar ek utk semua
masyarakat....
dlm pada itu, saya dok pikir, mesti ada suara2 sumbang dlm masyrakat kita yg bersuara "
Maher tu dlu buat silap n lps tp org masih boleh terima die, tapi klo artis malaysia, buat salah
skit da kena banned..x adil betol... artis luar negara semua boleh je...
sebenar ye, itu bukan persoalan buat salah ke x, yg penting ka cni adlh segala nikmat n hidayah
adalah kuasa Allah..sebab apa yg kita dpt semuanya da tertulis di Lut Mahfuz..so klo kita rasa
kita da buat dosa n silap, Tuhan da tarik kita ke jalanNya, kita nikmati n jaganya dgn sebaik
mungkin .bukan ye buat salah skit, bertaubat lepas tu buat dosa lain pulak..so kena istiqamah la
baru Allah balas dgn setimpalnya..betoi x...
ada dlm 1 artikel yg amat saya pelik bila membaca nya...tajuk nya "pelajar perempuan
terkinja-kinja (bahsa kasar) dlm konsert Maher Zain"..pelik x??dlm konsert Maher Zain ada
juga org teringin nak lompat2 laung2 nama artis tersebut, konon bg skongan..tapi hormat
la..kan dlm konsert yg berbentuk nasyid..lirik pun berunsur Ketuhanan.ptot
ye boleh sampai kua air mata klo kita hayati bait2 tu...ini tidak..kalau rock ke ape jenis genre yg
lain, xla pelik nak buat mcm tu...dunia sekarang, mcm2..so pengajaran, bawak2 la bersopan sikit
ek..tgk keadaan kalau nak buat sesuatu yg pelik tu...:-)
so Maher Zain is d'best...rupa ye da kawin:-(.....sesiapa yg kaya (mampu) n berduit, boleh la tgk
konsert Maher Zain ni kat sekitar shah Alam kalau x silap dlm minggu ni..ada dlm 2 konsert..
klo x sila...jgn lps kan peluang(promote la pulak)

nak selitkan juga lirik lagu yg amat saya minat dlm album Maher zain ni ,antara nya laaa:
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..







