CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 27 Jun 2010

MusLimat PoWeR


Assalamualaikum suda sekian lama x update blog..jari ni rindu sesgt nak menaip tapi apakan

dayaku...arini just nak kongsi apa yg ana baca dlm laman web org.so just copy paste je..tapi tok

tatapan n peringatan tok semua n tok ana sendiri terutama nya ana nak serapkan juga artikel

ni..selamat membaca...(edit sikit2 je)


Berpasangan, bercinta,couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang

seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai

yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu

memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-

janji.


Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa.Namun

ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no

boyfriend’ sebab Innallahamaana (Allah tetap ada). Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan

kepercayaan kepada- Nya.


Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang

bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga

dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan

yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan

jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan

kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin

mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta

sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.



TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.


Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin

menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah

HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.


Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta

kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia

akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.


“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other.

Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.




thanks to iluvislam....

Selasa, 1 Jun 2010

GeGaRkan KeKuaTan Doa KIta SeMua


salam...semalam yg bertarikh 31 Mei 2010 kita digemparkan dgn serangan ISRAEL Laknatullah

pd konvoi kapal (mavi Marmara) misi bantuan antarabangsa yg menuju ke GAZA..dlm waktu

tghari mcmtu, saya mendapat sms dr kwn2 saya yg memberitahu tntg isu ini. dan semasa sy

sedang menikmati minuman ptg, ayahku membuka rancangan berita astro awani yg

menceritakan tntg isu ni..dok tgk berita tntg isu tu n masa tu juga die tunjuk rakaman pada

ketika konvoi para sukarelawan tersebut diserang ISRAEL...air mataku terus mengalir tapi xla

mencurah-curah sbb pada masa tu ayahku ada di situ.malu pulak nnt klo ayah nampak..kat

fikiran dok terpikir, npe la dorang ni masalah ape ada kat dorang ni..org xkco die, die nak kco

org..klo kita dlm situasi mcm ni.mest kita geram sesgt sbb kita xwat ape slh, org dok kco kita..


so mari kita bersama2 mengegarkan seruan hati kita, kita mengangkat tangan memohon doa

kpdNYA yg MAHA BERKUASA segalaNYA agar mereka para sukarelawan yg menuju ke gaza

dpt smpai dgn selamatnya n damainya n sentiasa dilindungi olehNya dari sebarang serangan n

kekejaman..n ditambah dgn solat hajat agar lebih diberkati hendaknya. x pon, kita boleh selitkan

dlm solat subuh kita dgn bacaan qunut nazilah (selain dr wktu ni pon blh) ..insyaallah amiiinnnn