salam alaik semua..sbnr ye niat nak cita psal topik lain tapi tgh xda mood pulak. jadi just
menyampaikan artikel org lain utk tatapan semua. kira ye menyampaikan pesanan la ni yek.
just tok peringatan untuk semua termasok ana la ye..psal tarikh keramat yg org nanti2 kan pada
mereka yg memang nanti2 kan iaitu Hari Kekasih. ana sebenar ye pelik sangat pada manusia2
yg memang beriya-iya nak menyambut ari kekasih ni padahal dorang tau je yg ari kekasih ni
adalah hari yg menjadi amalan orang barat. tapi tabiat manusia, perkara yg berfaedah n elok x
nak pulak ikot Tapi kalau perkara yg sebaliknya sanggup nak ikot n buat. takut org lain ckp
'Kolot la korang ni' atau 'org lain buat boleh kenapa aku buat tak boleh???'...so mcm2 reaksi yg
dpt kita lihat pada masyarkat kita skrg ni..so bacalah ek artikel yg diambil dr web i luv islam ni
ye...trimas..
Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan
ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's
Day. Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah
sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak
mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci
kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai
kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa
dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.
Setiap Hari adalah Hari Kekasih
Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi
saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih
sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak
melanggar syarak, tidak melampaui batas. Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga.
Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak. Malangnya. Bukan perkara baru,
sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya,
buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya,
serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!" Justeru, sebagai lambang cinta si
gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah
syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..
Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita? Bila yang halal
dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu.
Siapa yang harus dipersalahkan? Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari
Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan
biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri
demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.
Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi
suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.