Ana suka lirik lagu ni...
SEGALANYA MILIKMU
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan
arini sje nak mengisi post baru..time cuti ni ana ada baca sebuah buku nukilan "Fatimah Syarha
Mohd Noordin". buku ni insyaallah dpt memberikn ana smngt baru dan utk ana beri sedikit
perkongsian motivasi kpd kawan-kawan ana di kolej nnt.
Dalam buku tu ada sebuah hadis yg menyatakan bahawa (Rasulullah berpesan) :
'Cintailah org yg kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi
musuhnya. Dan bencilah musuhmu dgn sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan
menjadi org yg kamu cintai'.
( Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud, Al- Tirmiza dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)
Hadis di atas meningatkn kita bhawa kita jgnlah terlalu membenci dan menyukai seseorg itu
kerana mgkin akan mendatangkan keburukan atau kebaikan kpd diri kita sndri especially kpd
sahabat-sahabat kita dan musuh-musuh kita. sebab tu kalau kita berkawan kita mesti berniat,
kita hanya berkawan dgnnya niat kerana Allah bukan kerana kelebihan yg ada padanya. Dan
kita mesti ingat, mana ada manusia di dunia ni sempurna dari pelbagai segi.
dlm buku yg ana baca tu ada tips-tips menepis cinta semasa remaja:
1. Tegas dgn prinsip diri( penting)
2. meletakkan misi yg jelas dlm hidup
3. Bersahabat dgn rakan-rakan sejantina yg solehah atau soleh
4. Mengekang hawa nafsu
5. Mendekati majlis ilmu
6. Menyibukkan dri dgn hobi dan minat berfaedah
7. Akrab dgn Allah dlm ibadah dan kehidupan
Tips ni telah membuatkan ana memikirkan sesuatu?? ana harap tips ni dpt memberi sesuatu yg
bermanfaat kpd semua trutama kpd sahabat-sahabat ana ek. ana setuju sgt tips yg pertama tu,
kita perlu tegas dgn pendirian kita sbb klo kita x tegas dgn pendirian kita, siapa lagi yg dpt
membantu diri kita sendiri kan. sbb tu dlm kehidupan kita, kita mesti ada prinsip hidup atau diri
kerana kalau kita nak membuat sesuatu yg melangkaui batas, secara automatik diri kita tidak
akan membuat sesuatu apa yg kita telah prinsipkan dlm diri kita. bukan sahabat ana je, mgkin
ramai remaja kat luar sana ada masalah 'Cinta Remaja' ni kan. so mungkin tips ni dpt membantu
anda sedikit sebnyk utk kita menepis cinta remaja ni. Utamakan pelajaran dulu!!!