CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 23 Jun 2013

Malam 15 syaaban

Assalamualaikum semua...

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakhbar


Alhamdulillah,  kita telah diberi peluang dariNya untuk sampai ke Bulan Syaaban pada tahun ini. InsyaAllah, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Syaaban. Mari kita ikuti Pesanan Al Habib ALi Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkenaan Malam Nisfu Syaaban:

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi s.a.w pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".

Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.

Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :

1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.

2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.

3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.


* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin

p/s: berkenann dgn amalan bacaan yasin  sebnyk 3 kali ni, setakat yg sy bc tiada yg betul2 membenarkan kesahihannya.byk khilaf/pendapat.. Jadi, kita just buat n niat sebagai satu ibadah kerana Allah..moga2 sgla amalan kita diterima olehNYA dan mnjdi insan yg lebih baik pada masa akan dtg.insyaAllah..



Jumaat, 21 Jun 2013

Syiah


Assalamualaikum semua...

Sejak kebelakangan ni, isu-isu hangat diperkatakan adalah tentang ajaran Syiah yang mula menular dgn 

sebebasnya di Malaysia sekarang. Diikutkan, ajaran ni dah lama menyerap kt Malaysia secra sedar tak 

sedar. Tempat yg most famous dgn ajaran Syiah ni dekat universiti-univesiti di Malaysia. sorry to say.. tak 

tahu apa sebenarnya tujuan dan matlamat ajaran ni sebenarnya, tapi sememangnya diri ni rasa sangatla sedih 

dgn ajaran2 mcm ni. sepatutnya kita sebagai hamba Allah yg beragama Islam ni, hanya berpegang kpd 

kalimah yg agung " Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi 

bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah" serta 2 pegangan hidup kita yg selagi kita berpegang kpdnya kita 

tidak akan sesat iatu Al-Quran dan As-Sunnah ( Hadith). Sepatutnya,para-para sahabat Nabi ni kita 

hormat,sanjung mereka dgn sekadarnya bukannya secara melampau seperti ajaran Syiah ni. Terdapat 

pelbagai isu2 kontroversi yg wujud sebenarnya pada zaman Nabi yg kita tak tahu keadaan sebenarnya. 

Hanya berdoa,moga ajaran2 yg cuba menyesatkan ini dapat dibanteras oleh pihak berwajib dgn 

seccepatnya  walaupun dah wjud dgn jelas dan nyata bukti di depan mata.Jgn kita pandang sebelah mata 

dgn ajaran2 seperti ini yg kemugkinan akan memberi masalah yg besar kpd kita dikemudian hari.


23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah Laknatullah...hati2 jangan terperangkap...

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi)tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.


20.Mereka tidak ada solat terawih.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.